View: 2083|Reply: 4
|
Kenaikan saham yang dimanipulasikan
[Copy link]
|
|
Memang tidak boleh dinafikan bahawa pasaran saham di mana-mana negara pun terdapat kelakuan manipulasi manusia. Kenaikan dan kejatuhan saham yang tidak munasabah selalu berlaku pada penny stock di bawah manipulasi pihak tertentu.
Sebelum melibatkan diri dalam permainan ini...
Adakah anda tahu siapa di belakangnya yang mengawal semua ini?
Adakah anda tahu cara mereka mengawal kenaikan saham?
Saya telah menulis sebuah artikel yang bertajuk "Kenaikan Saham yang Dimanipulasikan" untuk menjelaskan kejadian manipulasi saham kepada anda.
Harap semua rakan Cari dapat manfaat daripada perkongsian saya.
|
|
|
|
|
|
|
|
sila patuhi peraturan cari forum. letak full artikel.
Kelakuan Manipulasi Manusia Di Pasaran Saham
Memang tidak boleh dinafikan bahawa pasaran saham di mana-mana negara pun terdapat kelakuan manipulasi manusia. Kenaikan dan kejatuhan saham yang tidak munasabah selalu berlaku pada penny stock di bawah manipulasi pihak tertentu.penny-stock-market
Kita boleh lihat penny stock yang naik secara melompat berlipat ganda. Tetapi, kita juga pernah lihat saham yang terbang tinggi jatuh secara drastik.
Banyak pelabur yang ingin kaya cepat. Mereka ingin mengaut untung setinggi 100% dalam tempoh masa yang pendek.
Ketamakan adalah sifat kemanusiaan yang semula jadi. Pemain besar memahami sifat ketamakan manusia yang wujud di setiap pelabur. Maka, mereka mencipta “penipuan” dalam pasaran saham untuk merampas wang daripada pelabur yang tamak.
Sekarang kita akan bincang tentang kelakuan manipulasi di pasaran saham supaya kesedaran orang ramai terhadap kes-kes manipulasi dapat ditingkatkan.
Saham Yang Dimanipulasikan
Manipulasi saham perlu melalui beberapa proses supaya pemain di belakangnya dapat mengaut keuntungan yang besar. Antara proses yang terlibat adalah:
Perjanjian di antara pemegang saham utama dan trader untuk memastikan pemegang saham utama tidak jual sahamnya pada proses kenaikan saham. (Tekanan penjualan pemegang saham utama akan mengganggu proses kenaikan)
Pengumpulan saham oleh trader. Mereka mengumpulkan saham secara diam-diam. Proses ini boleh berlangsung selama suatu tempoh yang panjang.
Selepas trader berjaya mengumpul saham yang cukup, mereka akan menolak saham naik ke atas supaya perhatian pelabur runcit tertarik.
Perhatian pelabur runcit tertumpu pada saham yang naik laju, mereka mula masuk ke saham tersebut. Semakin tinggi saham naik, semakin banyak pelabur masuk.
Setelah saham naik ke paras tertentu, tekanan pembelian pelabur runcit sudah cukup untuk menaikkan saham tersebut.
Situasi ini membekalkan peluang keemasan kepada trader dan pemegang saham utama untuk melepaskan sahamnya dengan harga yang tinggi.
Saham Kegemaran Pemain Manipulasi
Merujuk kepada kajian saya, saham yang dimanipulasikan selalu mempunyai beberapa ciri-ciri yang sama.
Ciri-ciri saham yang dimanipulasikan:
Berharga murah. Penny stock selalu menjadi sasaran pemain manipulasi. Kos yang rendah dalam proses pengumpulan saham.
Bilangan saham syarikat yang kurang. Memudahkan proses pengumpulan saham.
Sebahagian saham dipegang oleh pemegang saham utama.
Saham kurang aktif, volume berada pada paras rendah dalam tempoh masa panjang. Proses pengumpulan saham sedang berlangsung secara diam-diam.
Syarikat yang tidak beruntung daripada perniagaannya.
Labur Berdasarkan Risiko yang Boleh Tanggung
Penglibatan diri dalam perdagangan penny stock adalah seperti pegang bom masa yang akan meletup selepas suatu masa.Time bomb
Anda tidak tahu bila ia akan meletup…
Anda adalah selamat jika berjaya menyerahkan bom masa ini kepada pelabur lain
Sesiapa yang lewat menyerah… Sesiapa yang pegang pada masa kehabisan bom ini…
Mereka akan CEDERA! TERKORBAN dalam permainan ini!
Tamak adalah sifat kemanusiaan yang semula jadi. Hanya pengalaman boleh menjadikan seseorang yang tidak tamak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ok. TQ. akan patuh peraturan forum |
|
|
|
|
|
|
|
Good sharing..nice for the info..baru2 ni ader juga saudara yg dah 3 tahun tak aktif dlm market , queue nk beli PDZ..siap nk guna tabung persaraan dia lagi..risau tgk..fundamental lgsung x support.. |
|
|
|
|
|
|
|
Shah2f8081 posted on 7-9-2014 06:45 PM
Good sharing..nice for the info..baru2 ni ader juga saudara yg dah 3 tahun tak aktif dlm market , qu ...
Big player memang selalu sengaja naikkan saham, saham makin naik, pelabur runcit makin tamak, semua nak beli.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|