CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1221|Reply: 0

Hampir hilang nyawa masih minta beranak

[Copy link]
Post time 27-10-2014 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Puan Teoh telah berusaha selama 5 tahun dalam kehamilan, tetapi usahanya tersia-sia sahaja. Atas sebab Puan Teoh tergesa-gesa dalam kehamilan, akhirnya dia memutuskan untuk menggunakan kaedah IVF.Malangnya percubaan ini  bukan sahaja menemui kegagalan ,bahkan juga nyawanya juga terancam.

Dalam proses IVF, doktor mengeluarkan 7 biji telur daripada ovari Puan Teoh yang mana semuanya berkualiti baik,dan 3 biji embrio yang disenyawakan  dimasukkan ke dalam rahim Puan Teoh. Doktor menasihati supaya mengistirahatkan diri dan keputusan hanya akan dikeluarkan selepas 14 hari.


Selepas 2 minggu, doktor memeriksa keputusan ujian HCG dan ia memberi berita baik yang mana Puan Teoh berjaya hamil. Berita baik ini telah memberi harapan besar kepada Puan Teoh dan suaminya. Kehamilan ini memang menceriakan mereka. Mereka diminta menunggu lagi 2 minggu untuk membuat pemeriksaan imbasan, dan pada masa itu nadi jantung bayi akan dapat dikesan.


Selepas kehamilan Puan Teoh masuk ke minggu ke-5,dia terasa kesakitan di bahagian bawah perut, frekuensi kesakitan semakin kerap serta tahap kesakitan juga bertambah pada hari kemudiannya. Setelah menelefon kepada pakar ginekologi, Puan Teoh diberitahui oleh penolong doktor bahawa kesakitan bersifat sekali-sekala semasa kehamilan adalah suatu keadaaan yang biasa.


Sehingga ke minggu ke-6 kehamilan, kesakitan perut yang teruk menyerang Puan Teoh secara tiba-tiba dan dia terasa ini adalah keadaan yang luar biasa. Sakitnya sudah tidak tertahani lagi dan Puan Teoh tidak sedarkan diri semasa dalam perjalanan ke hospital. Selepas menjalankan pembedahan, PuanTeoh diberitahui bahawa dia telah mengalami kehamilan ektopik yang mana embrio tidak melekat pada dinding uterus tetapi di tiub fallopian.


Kehamilan ektopik tidak boleh membesar menjadi bayi, oleh itu embrio perlu dikeluarkan melalui pembedahan bagi mengelakkan tiub falopio terkoyak dan menyebabkan pendarahan dalaman.


Untuk keterangan lanjut, sila visit website ni:



https://www.facebook.com/notes/l ... nak/833648526680332





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.042021 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list