Edited by cik_sssara at 16-1-2015 03:55 PM
Done watching.
Dr. Alice Howland (Julianne Moore), dia ni seorang professor yang berjaya & disegani kat sebuah universiti.Husband dia pun seorang pensyarah jugak. Pasangan ni ada tiga orang anak,seorang peguam seorang doktor tapi lagi seorang Lydia (Kristen Steward) takminat nak sambung belajar, dia minat bidang lakonan/teater. Alice dah puas pujuk anak bongsu dia ni, tapi Lydia tetap taknak masuk kolej. Akhirnya Alice mengalah, respek pilihan hidup Lydia.
Satu hari tu dia buat checkup doktor, sebab kebelangan ni dia perasan yang dia ni cepat lupa benda2 simple. Habistu doktor pun bagitau lah dia dapat Alzheimer peringkat awal. Benda ni genetik dari parents dia sendiri. Masa dia bagitau anak-anak dia semua terkejut, pastu dia siap suruh anak2 dia check jugak, yelah genetik kan. Last2 anak perempuan dia pun positif, anak lelaki dia negatif, Lydia pulak taknak buat test tu.
Masa berlalu, penyakit nyanyukAlice ni makin serius sampai berhenti kerja, husband dia yang sangat penyabar & penyayang setia je jaga Alice ni. Tapi satu haritu masa laki dia pergi kerja, dia dok sorang kat rumah, dia terjumpa video yang dia rakam dulutu. Dalam video tu….dia instruct suruh pergi bukak satu laci dalam bilik dia. Dalam tu ada satu botol pil, kena makan semua dalam tu. Fuhhh, masa ni memang saspen. Nasib baik botol tu jatuh, semua pil bertaburan. Kalau tak, matilah overdose.
So….okay, best. Memang sangat family cerita ni. Julianne Moore memang betul2 sesuai bawa watak Alice, dengan emosi feeling tu semua. Kristen pun menjadi, watak dia pun memang seorang yang sempoi bersahaja sesuai sangatlah tu.
Lepas tengok filem ni atleast kita boleh rasa, faham apa yang pengidap Alzheimer alami. Bagi kes Alice ni pulak, siap instruct diri sendiri bunuh diri! Tu lah, bagi dia mungkin terlampau sayangkan suami & anak2 sampai taknak susahkan diorang satu masa nanti.
|