|
Khim Wah, Meng Yean terus mara
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
BEREGU campuran negara, Lim Khim Wah-Lee Meng Yean tidak berdepan masalah mara ke pusingan undian utama Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Masters Malaysia, apabila cemerlang di pusingan kelayakan di Kuching Sarawak, semalam.
Khim Wah-Meng Yean mempamerkan permainan cemerlang dalam kedua-dua perlawanan kelayakan apabila menumpaskan rakan senegara, Lee Jian Yi-Lim Peiy Zhean 21-18, 21-13 dan gandingan Taiwan, Wei Liang Jui-Cheng Yu Chieh 21-14, 21-14.
Menanti mereka di pusingan pertama hari ini, pasangan Korea Selatan, Kim Duck Young-Ra Go Ah yang turut layak apabila memenangi saingan kelayakan semalam.
Sementara itu, pemain perseorangan lelaki, Muhammad Shakhier Ruhizad turut layak ke pusingan pertama apabila memenangi saingan kelayakan semalam, dengan menumpaskan rakan senegara, Yu Leong Alfred Lau 21-17, 21-12.
Terdahulu, Shakhier yang akan bertemu rakan senegara, Joo Ven Soong hari ini, menang ke atas pemain Indonesia, Januari Ari 21-12, 21-9.
Namun harapan perseorangan wanita negara, Ho Yen Mei untuk mara pusingan pertama tidak kesampaian apabila tunduk kepada pemain Korea Selatan, Koh Eunbyeol 21-9, 21-13.
Dalam pada itu, pemain negara yang juga layak di pusingan pertama ialah Chong Wei Feng bertemu pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro dan tiga pasangan beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei, Lim Yin Loo-Lee Meng Yean, Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho.
kredit:sinar harian
|
|