CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2685|Reply: 3

Baju kurung milik orang Malaysia – Nik Safiah

[Copy link]
Post time 14-1-2015 11:01 PM | Show all posts |Read mode
Baju kurung milik orang Malaysia – Nik Safiah
Pihak sekolah terbabit menyatakan bahawa hanya pelajar perempuan Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung manakala bagi bukan Melayu tidak dibenarkan. - Foto TRP


KUALA LUMPUR, 14 Januari:
Pentadbiran sekolah dinasihatkan supaya menghormati tata pakaian seragam pelajar yang sudah ditetapkan dan tidak sekali-kali membezakannya mengikut agama atau bangsa tertentu.
Memetik laporan Astro Awani, tokoh budayawan dan sejarah, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata umum juga kini sedia tahu baju kurung melambangkan bangsa Melayu dan satu kebanggaan jika ia dipakai oleh pelajar berbangsa lain di sekolah, institusi pengajian tinggi atau semasa bekerja.
“Sepatutnya tidak ada apa-apa, tidak ada salahnya jika pelajar perempuan bukan Melayu memakai baju kurung terutama ke sekolah.
“Memang keterlaluan jika benar laporan ada pentadbiran sekolah yang menghalang pelajar bukan Melayu memakai baju itu ke sekolah,” katanya.
Kata Dr. Nik Safiah, pemakai baju kurung juga dilihat melambangkan jiwa negara dan sekali gus membawa semangat cintakan bangsa.
“Cuma pantangnya jangan buat perangai yang tidak elok jika memakai baju kurung. Ia akan membawa sekali nama bangsa Melayu di atas setiap tingkah laku pemakainya.
“Tidak ada pihak harus berasa malu dengan memakai baju kurung, sekolah atau mana-mana institusi seharusnya tidak menyempitkan fikiran dengan persepsi baju kurung hanya untuk dipakai oleh orang Melayu,” jelasnya.
Terdahulu, The Rakyat Post melaporkan seorang bapa mendakwa anak perempuannya dihalang daripada memasuki kelas atas alasan melanggar etika pakaian di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Cheras, dekat sini.
Lawrence Jayaraj mendakwa, anaknya yang baru bertukar daripada sekolah lain itu dihalang daripada memasuki kelas kerana memakai baju kurung.
Menurutnya, pihak sekolah terbabit menyatakan bahawa hanya pelajar perempuan Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung manakala bagi bukan Melayu tidak dibenarkan.
“Anak saya berpindah ke sekolah ini kerana lokasinya terletak di laluan ke tempat kerja saya. Pada awal tahun ini, saya membelikan baju kurung kepada anak perempuan saya yang mana ia tidak pernah menjadi masalah,” katanya ketika dihubungi.



Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/14/baju-kurung-milik-orang-malaysia-nik-safiah/#ixzz3OoAnJXq1

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2024 02:26 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Bongok...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2024 08:16 AM | Show all posts
AceHand replied at 7-7-2024 02:26 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Bongok...

sapa yang bongok tu mod...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2024 12:30 AM | Show all posts
Paiya replied at 11-7-2024 08:16 AM
sapa yang bongok tu mod...

[AceHand SPECTaceLAR]

Pihak sekolah... Pengetua situ mesti sejenis bangang...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.048172 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list