CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lady39

Anak terlebih bijak

[Copy link]
 Author| Post time 9-6-2015 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
keesokkan hari mereka bangun tidor,  mencari kedua ibu bapa mereka.
mak ulong... your parents pergi dating?
bulat mata eham... really?
sambil senyum... wah don't tell me that they are falling in love again..
then after awhile he said... alhamdulillah.  (part ni saya kesian pulak.  eham selalu risau bila ibubapanya bergaduh.  saya cuba beritahu dia... bukan salah dia... couples fight somtimes... he seems to agree.. yea la.. me and adik pun always fight)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2015 12:26 AM | Show all posts
Salam Ramadhan semua.

MakUlong ada cerita baru hari ni. Tapi bukan mengenai  eham.
Pasal kawan ofis MakUlong, Namanya kaycee.
Rasanya relevan untuk benang eham ni sebab kaycee  ni ADHD dan
MakUlong suspek dia ada memori fotografik.
Umurnya dah 30an...macam tak relevan kan.
Tapi MakUlong nak cerita mengenai beliau masa kecil dan kesannya bila besar ni.
MakUlong baru tau tadi...nak share pada parents yang mempunyai anak2 istimewa seperti kaycee dan eham.
Muga dapat jadi guide untuk kita semua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 12:35 AM | Show all posts
Alkisah kaycee ni dah  bekerja di tempat kerja MakUlong dah 4-5 tahun jugak.
Kaycee ni chinese tapi dia dari pantai timur. Jadik lorat terengganu dia pekat jugak kalau cakap melayu.
Staff bawahan seperti MakUlong sayangkan dia.
Bosses tak berapa suka dia sbb dia kuat melawan dan kiasu.
Well masa baru2 nobody knows dia ada ADHD.
We just knew that he's intelligent.
Macam Wikipedia bergerak. Sebut jek satu topik habis dihuraikan sampai ke akar umbi.
Kadang2 MakUlong pun pelik...berita yang sama MakUlong baca, bila MakUlong cerita balik pendek jek.
Tapi bila dia yang baca, huraiannya terperinci smpai sejarah, geografi matematik semua involved.
Dan semua tu fakta belaka, bukan geromal.
Sebab tu MakUlong suspek dia ada fotografik memory.
Dia main scan jek apa yang dia baca terus boleh ingat semua,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 12:44 AM | Show all posts
Tak tau la samada parents semua tau, kanak2 special ni ,kalau kita nak approach dia nak bina rapport dengan dia, ada caranya. Tak boleh sebarang2 terjah, Tak kira la samada kawan ke, customer atau employer.
Sebab first impression kita akan disimpan dalam memori mereka sampai bila2. Susah  nak uban persepsi mereka terhadap kita selepas tu.

MakUlong lulus part ni. Ala sebab MakUlong memang anggap dia macam kawan2 lain.
Tapi boss and one or two staff silap approach dia. Boss bossy dari awal.
Akibatnya dia dengan boss "panas".
Ada jek isu tak puashati antara mereka.
Dia pun tak sorok kalau tak suka orang.
Yang bestnya, he listens to me. Apa2 hal yang tak betul MakUlong boleh beritau dia, dia akan dengar walau dia tak tunjuk terang2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 12:50 AM | Show all posts
Dalam ofis kami tak ramai, jadik kami ni boleh dikatakan rapat anatara satu sama lain.
Apa yang orang ni cerita dengan orang tu, akan sampai kepada saya, begitula sebaliknya.
Setelah beberapa lama berkawan, ramai yang perasan kaycee jarang cerita pasal mak ayah dia.
Hari perayaan pun tak pernah balik kampung.
sewaktu berbual beramai2 ada juga yang bertanya terus dengan dia.
Tapi dia enggan bercerita.
Cuma katanya dah putus dengan mereka.
MakUlong bertekad nak tanya dia tentang pekara ini satu hari nanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 01:00 AM | Show all posts
Hari ni kebetulan kami bercerita tentang anak lelaki yang selalunya dah besar lebihkan isteri dari mak ayah, dia pulak ada di situ. Dia kata memang betul sebab dia salah seorang dari mereka. Dia pun bercerita,
Dia bercerita sebab dia putus dengan keluarga.
Tentang keluarga nya yang over protective.
Tidak benarkan dia pergi rombongan sekolah.
Tak kasi dia selalu keluar rumah.
Mak Ayah dan saudara mara berlumba2 bangga membangga dengan anak masing2.
Dia tak suka.
Umur 15 tahun dia bertekad untuk keluar dari keluarganya.
18 tahun dia masuk Universiti dan makin lama makin jarang balik.
Bila dia mula bekerja, dia kumpul duit untuk bayar balik duit mak ayahnya.
Habis bayar dia langsung tak balik sampai sekarang.
Dia ada adik perempuan seorang.
Menurutnya, adik perempuan duduk dengan mak ayah.
Mak ayahnya buat adik perempuan macam raja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-6-2015 01:03 AM | Show all posts
Kita anggap pekara tu macam kecik jek kan.
Biasalah...mak ayah mestilah protective lagi2 anak istimewa macam dia.
Nak kata mak dia tak tau pasal istimewa dia, mak dia yang bawa dia ke pakar yang mendapati dia ada ADHD.
Mungkin mak dia tak tau nak menangani ADHD seperti parents sekarang,
Sebab tu dia jadi takut nak biarkan anak keluar, bersukan atau aktif dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 01:10 AM | Show all posts
MakUlong cuba selitkan nasihat2 sambil mendengar cerita dia.
Balik la sekali sekala, kata MakUlong.
Chinese New Year ke...
Dia kata, aku tak mau balik kampung, nanti tangan mak aku macam sotong, macam2 buat.
MakUlong kata then ajak la pergi KL bawak pergi jalan2.
Dia kata,  Dah dulu aku ada bawak. Tapi aku tak mau buat pekara tu sedangkan aku tak suka (berpura2),
MakUlong balas balik, takpelah, tak suka takpe, tapi buat jek bukan selalu, 2-3 hari dalam setahun pun jadiklah.
Dia betah semua cakap MakUlong sampai akhirnya MakUlong tersedu2 menangis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2015 01:17 AM | Show all posts
MakUlong bayangkan mak dia
Dari dia kecik mak dia tatang dia bagai minyak yang penuh.
Sampai adik perempuan dia bergaduh dengan parents sebab lebihkan dia.
MakUlong bayangkan betapa bangganya parents dia ada dia.
Betapa protectivenya mereka sebab takut dia cedera (especially bahagian kepala-ni makUlong tau sebab mama eham takut kalau kepala eham terhantuk)
MakUlong dapat rasakan macam mana mak dia yang mempunyai masa lepasnya yang sengsara, bangkit semangat sebab ada kaycee ni.
Mungkin dia tak pandai nak handle kaycee dengan cara betul tapi pada dia dan suami, kaycee adalah segala2nya.
MakUlong bayangkan setiap kali perayaan mereka tunggu kaycee tapi kecewa.
Aduh tentu mereka sedih sangat kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 01:23 AM | Show all posts
Tapi nak salahkan kaycee susah jugak.
Sebab dia dah macam robot...yang tak boleh nak diprogram balik.
Kalau dah hitam kata dia, hitam la terus.
MakUlong tak tau la macam mana nak buat dia terima family dia balik.
MakUlong takut dia taknak cerita dengan MakUlong lagi jek sebab MakUlong breakdown tadi.
Sedih benar MakUlong bila bayangkan MakUlong ni mak dia

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2015 01:27 AM | Show all posts
Edited by Lady39 at 24-6-2015 01:28 AM

MakUlong rasa kalau salah bawak kanak2 istimewa ni macam2 boleh jadik kan?
Macam kaycee ni buang keluarga.
Ada yang terlampaui pandai sampai buang agama pun ada.
Yang berakhir dengan ketagihan dadah...

MakUlong jadik takut, takut apa akan jadi pada eham Sebab mama dengan papa eham pun bukanla without flaws.

Kan lebih baik kalau dia kanak2 normal macam orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 01:57 PM | Show all posts
sis, eham macamana?

kes kaychee ni leh tak saya share cerita sis ni kat group autisme? sebab sy perasn ramai yang overprotective anak mereka. yela, parents mana yang tak risaukan anak lagi2 yang istimewa mcmni kan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2016 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
JeNaB_PopPop replied at 29-1-2016 01:57 PM
sis, eham macamana?

kes kaychee ni leh tak saya share cerita sis ni kat group autisme? sebab sy p ...

Cik Jenab, eham sihat alhmdulillah.
Nnt ade masa insylh saya cerita tentang dia lg.
Kalau nak share pasal kaycee dgn group lain, silakan. Semuga jadi panduan kepada kita semua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.216241 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list