View: 1329|Reply: 0
|
Wei Feng terus kemaraan
[Copy link]
|
|
Edited by Nusantara77 at 23-1-2015 09:38 AM
Wei Feng terus kemaraan
- Wei Feng melangkah berjaya ke saingan suku akhir Grand Prix Emas Antarabangsa India, semalam.
PEMAIN nombor dua negara, Chong Wei Feng meneruskan kecemerlangan pada kejohanan badminton Grand Prix Emas Antarabangsa India apabila melangkah ke suku akhir semalam.
Wei Feng yang turun sebagai pilihan kelima hanya memerlukan 26 minit untuk menumpaskan pilihan ke-16 dari India, Arvind Bhat 21-6, 21-11.
Dia yang cuba keluar daripada bayangan jaguh nombor dunia, Datuk Lee Chong Wei kini akan berdepan sama ada rakan senegara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin atau pilihan pertama dari India, K Srikanth.
Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Lai Pei Jing turut layak selepas menumbangkan pasangan India, Utkarsh Arora-Mohita Sahdev 21-12, 21-8 dalam masa 23 minit.
Dalam aksi suku akhir hari ini, beregu pertama negara itu akan bertemu pasangan Indonesia, Chayut Triyachart-Shinta Mulia Sari yang menewaskan K Ajay Kumar-Smriti Nagarkoti.
Turut mengiringi dalam acara beregu campuran ialah Yin Wong Fai-Chow Mei Kuan dan Tan Aik Quan-Lee Meng Yean yang menewaskan lawan masing-masing.
Wong Fai-Me Kuan menundukkan pasangan India, Singh Vinay Kumar-Mukherjee Riya 21-19, 21-9 manakala Aik Quan-Meng Yean menewaskan Sanyam Shukla-Sanyogita Ghorpade juga dari India 21-10, 21-19.
Bagaimanapun tiada seorang pun wakil perseorangan wanita berjaya melangkah ke peringkat seterusnya apabila Yang Li Lian dan Lim Chiew Sien tewas kepada lawan masing-masing.
Li Lian tunduk kepada pemain Thailand, Nichaon Jindapon 10-21, 11-21 dan Chiew Sien tewas kepada Porntip Buranaprasertsuk juga dari Thailand, 9-21, 13-21.
kredit:sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
| |
|