CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: cik_kala

FAMILY YANG ADA MASALAH DUIT - cemana nak tolong?

[Copy link]
 Author| Post time 9-2-2015 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings replied at 3-2-2015 12:16 AM
TT, baru-baru kaka jumpa kawan, duda meletop dia ni. Lepas bercerai dia jatuh miskin sgt-sgt, nasi ...

mak ayah aku bayar duit sedara mara... tapi bayar dgn guna duit hutang jugak lah... bkn dgn income...

Bab hubungan dgn Allah tu sampai tahap aku tanya.. ada solat dhuha tak? Tahajjud? Mak aku cakap ada... lgpun aku rasa segan nak tanya la bab2 amalan murah rezeki ni kat diorang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2015 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cik_kala at 9-2-2015 05:05 PM

Mak aku tak minat nak meniaga jual2 makanan... dia cakap penat... maaf la kalau rasa ni satu alasan...

Aku nak tolong dari segi kudrat tolong jualkan kat blog ke... kat event lain ke... kat kawan opis ke... aku pun ada komitmen kerja makan gaji + kerja part time... balik keje hampir setiap hari sampai umah pukul 7... tgjawab isteri n ibu lagi...rasanya sume leh faham kan...

Aku bukan la anak yg baik sgt... kdg2 tu bile aku stress sgt... aku biarkan je la parents aku settle sendiri masalah diorang... kalau aku tension pun aku senyap je... ni dah seminggu aku tak call mak aku...aku just doakan mereka...
kadang2 tu terpikir jugak bile aku rasa terlalu tertekan sebab nak tolong parents sendiri tak mampu...rasa kecewa... tertanya jugak kenapa la parents lain bole usaha masih cari income sendiri walaupun ada anak yang mampu sangat nak support mereka, bole je duduk rumah...

aku sampai naik segan ngan hubby aku... memang parents aku pun tanggungjawab suami aku, tapi parent mertua aku lagi tua dari parent aku.
mak mertua aku dah sakit stroke. perlukan duit nak bayar ubat2 dia... bapak mertua aku masih lagi bawak van kilang (van sendiri).. mata dah berselaput, dia sanggup pegi operate buang selaput mata supaya bole terus memandu... anak 7 orang, semua dah kerja. bole je kalau nak duduk rumah kan...


kalau nak citer kat suami aku yang parents aku ni susah, parents dia lagi laa...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2015 01:07 AM | Show all posts
suggest ayah tt jadi pengawal keselamatan.  Dia suka duduk tunggu je kan, tak mau buat kerja.  Aku tengok iklan gaji starting pun dah RM1200.  

Arwah ayah aku dulu pun pengawal keselamatan dari muda sampai pencen. Dari gaji 300 sampai masa dia pencen 1000+ je.  Lepas pencen pun masih jadi pengawal secara kontrak sebab nak kumpul duit pergi haji walaupun kami dah bagi elaun bulan2.  

Rumah dah habis bayar masa umur 60+,  beli masa umur  40.   Mak aku surirumah,  sambil2 jaga anak jiran.  Masa kami sekolah dulu, mak aku buat kuih sambil babysit, bapak aku cari barang buruk time tak kerja.  

Tapi mak ayah aku hidup tenang sebab takde hutang selain rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2015 08:00 AM | Show all posts
bape umur parents TT ni?.. dr penceritaan TT masih sihat dan belum pencen

suruh depa keje lak laa... meniaga asik x menjadi je....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2015 09:10 AM | Show all posts
aku rasa... parents ko kena pandai manage laa...
takkan barang habis, duit ponhabis gak...
tak ke pelik tu...
lagi pon, anak 2 je pon...
ko dah keje sendiri... takperlutanggung pape pon
adik ko je sorang...
mesti ada loop hole kt memana..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2015 04:42 PM | Show all posts
Edited by elle_april at 19-2-2015 05:01 PM
cik_kala replied at 29-1-2015 12:20 PM
Tq yang komen... memang ramai kawan2 aku yang cadangan untuk tukar lokasi...atau tukar jenis bisnes. ...

Aku faham masalah parents tt bila cakap tak untung, bukan sebab boros. Tapi sebab sale takde.

Aku pun buat bisnes jugak, kedai makan. Dan aku pun pernah jugak ada masalah macam parents tt.

Contoh kos sewa dan barang2 dah 9000, tapi sales 7000 je. Mana nak untung? Rugi adalah.

Masalah sekarang adalah LOKASI. Lokasi mak tt meniaga tu memang dah takde harapan dah. Aku dulu awal2 meniaga pun ada untung kat tempat tu, tapi hari pertama pun sales tak memberangsangkan. Dari situ aku dah tau yang tempat tu tak okay. Tapi ada untung sebab aku meniaga kat mall, masa tu cuti raya cina pulak. Orang ramai lah datang. Tapi makin lama, setiap bulan sales makin turun. Contohnya mula2, 16K, pastu jadi 14K, pastu jadi 12K, sampaila nak setahun aku meniaga kat situ jadi 7K jek. Sewa dah 2K lebih. Sampai aku cut cost, aku tak amik pekerja dan aku dgn suami yang jaga sendiri.

Aku rasa ko pun faham keadaan tu. Aku pun pernah rasa sayang nak tinggalkan tempat tu sebab bukan senang nak dapat kedai dalam mall, tapi buat apa aku hadap lagi tempat yg aku tak dapat untung? Walaupun sayang, dalam masa yang sama aku dgn suami usaha cari lokasi baru.Sebab aku dah labur byk dalam bisnes ni, takkan nak tutup je. Dan produk aku jual tu laku, cuma tempat je tak okay.
Aku tak berhutang tau dengan orang bila aku ada masalah mcm ni, aku dgn suami berjimat, makan pun masak sendiri, beli toilettries je. Shopping langsung takde. Masa tu ditambah lagi dgn mak aku baru meninggal, 4 bijik kereta mak aku tinggalkan. Satu aku tlg bayar 1k sebulan, pastu tak mampu byr aku jual jelah. Sedih sgt2. Memang seksa betul masa tu. Aku nak harap kat sapa lagi? Sebab mak aku dah takde, bapak aku pun dah kawin lain, lagipun aku ada suami mestila suami aku yg kena tolong bukan orang lain. Nak mintak tolong nenek dgn makcik, dorang pun taksuka aku meniaga. Kalau dorang tau aku macam ni mesti aku kena leter dan direndah2kan.

Solution aku, berbulan2 aku keluar pergi cari tempat. Aku call dan cari sendiri lokasi baru.

Aku bagi tt tips sikit,
Arwah mak aku pulak sebelum dia meninggal masa tu aku baru sebulan lebih bukak kedai, dia bagi aku satu buku doa. Dia pesan suruh baca al-Waqiah hari-hari. Mula-mula aku buat kadang2, tapi pastu hari2 aku buat. Tiap malam. Dalam buku tu jugak ada doa untuk tutup hutang yang berat. Aku amalkan dan tawakkal jelah.

Lepas tu ada ustaz yg memang baik dgn aku ni pesan bila aku cerita masalah aku kat dia, ustaz cakap SEDEKAH. Ustaz pesan, jangan persoal niat orang yg ko nak sedekah tu. Biarlah dia nak tipu atau buat apa dengan duit tu. Macam mana nak sedekah kalau 10sen pun aku takde? Duit meniaga adalah. So hari2 duit meniaga aku tu, pergi mana2 je aku sedekah. Tapi masa nak sedekah tu, KAU NIAT. Niat untuk Allah bagi jalan keluar. Tolong tutup hutang2. Tolong bagi aku dapat tempat yang lebih baik. Apa2 niat kau nak.

Alhamdulillah, aku takde mintak satu sen pun dengan orang lain di kala aku kesempitan. Sebab bila rezeki aku sempit tu, Allah tetap bagi aku rezeki. Dengan cara lain pun ada. Contohnya aku tak payah bayar sewa kedai. Landlord aku tak mintak pun sewa untuk beberapa bulan. So aku dah tak payah keluar duit kat situ. Kadang2 sedara aku ajak makan rumah dia. Satu kereta aku pakai mak aku tinggalkan, insurans cover so aku takyah bayar langsung. Itupun rezeki kan? Bukan rezeki duit je.

Aku perasan bila aku start bersedekah tu, mungkin rezeki aku, tak lama lepas tu aku dapat jumpa satu lokasi baru. Sebulan aku buat survey sebab aku pun dah belajar dari kesilapan. Tapi bukan senang ye nak jumpa lokasi baru. Dalam masa yang sama, aku perlukan 10K untuk kos pindah. Masa tu memang aku tak berduit. Yang ada tinggalan duit tabung haji mak aku cukup2 9K. Bila aku solat istikharah, aku dapat petunjuk ni bukan duit aku. Mungkin aku akan termakan duit untuk adik2 aku (duit anak yatim) kalau aku pakai duit tu.Jadi aku solat hajat pulak, mintak kat Allah supaya berilah aku jalan keluar rezeki aku dapat pindah tapi tak sentuh duit Tabung haji mak aku tu. MIND YOU bila tengah terdesak ni lagilah rasa nak pakai duit yang ada kan?  

Sehari lepas tu, bank call aku. Kredit kad yang aku pakai dorang offer aku nak cash tak RM4K. Dan interest? Total interest RM120, interest RM10 je sebulan untuk setahun. Bank mestilah ada interest kan. So ini dikira murah. Aku takut jugak mula2 tapi aku fikir, mana lagi nak cekau duit. So aku accept, bayar pun lagi dua bulan lepas pinjam baru start bayar. Campur2 duit sale, cukuplah aku nak bayar semua kos pindah. Deposit kedai ditolak cukup2 bulan tak bayar sewa. Alhamdulillah sampai sekarang, aku tak sentuh langsung duit tabung haji mak aku tu. Aku akan pakai untuk selesaikan apa2 hutang tertunggak arwah mak aku.

Tempat baru aku meniaga, sales 5 kali ganda. Untuk dua tiga bulan pertama, walaupun sales tinggi, aku cover balik semua kerugian. Aku masih dikira takde untung sebab nak cover setahun punya rugi. Lepas tu, aku dah boleh tarik nafas lega. Aku start menyimpan pulak lebihan untung. Aku masih tak shopping sakan, cuma aku splurge sikit kat makan sebab nak merasa makan best2.


Siapa tak nak shopping kan? Aku nak gak handbag, kasut, buat rambut, pedicure manicure etc tapi aku ada matlamat aku, invest duit, nak bukak lagi 2 kedai dan pergi Haji. Biarlah sedara aku mengeji masa aku susah sebab aku sanggup susah demi buat apa aku minat, tapi aku dah buktikan yg aku boleh berjaya dan hidup tak mintak duit dorang pun. Adik-adik aku pun aku belanja shopping apa-apa dorang nak.. Tapi aku akan tetap hidup bersederhana. Janji saving banyak.


TT bayangkan lah dengan kerugian, aku dengan suami berdua boleh hidup setahun tanpa minta duit sesiapa2. Aku meniaga makanan, lagi la kos selalu kuar nak barang fresh. Sedara mara aku pun langsung tak tau masalah2 aku ni. Dorang tau2 je aku dah pindah kedai. Hehe.


Tips aku boleh bagi kat parents tt.. terpulang pada tuan badan nak buat ke tak..


Amalkan ayat seribu dinar hari2. Surah al-waqiah baca tiap2 malam. Solat dhuha. Sedekah. Tt pun boleh sedekah utk parents jgk.
Common, I know. Tapi memang itulah rahsianya. No other secret, really.

And the most important thing, lokasi. Parents tt kena tukar tempat jugak atau stop buat bisnes tu, stabilkan balik hidup dan baru buat bisnes lain. Jangan terus buat bisnes yang merugikan. Tak sayang duit ke nak keluarkan ribu2 untuk byr kerugian? Padahal duit yg keluar tu boleh buat benda lain. Entah2 siap boleh beli kereta baru. Kena move on jugak. Lagi kalau parents tt dah takde, wajib tt bayarkan hutang2 parents pulak kalau dorang tak sempat nak setelkan.

Sorrylah panjang sangat cerita aku. Aku harap pengalaman aku ni boleh tolong tt dgn parents tt. Orang tua memang degil sikit lagi2 bila dia dah attach dgn bisnes yg dia suka. Tapi jgn buat bisnes semata2 nak ada bisnes je. Semua orang dlm dunia ni nak buat bisnes sbb nak untung. Tapi it is not an overnight success.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2015 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
elle_april replied at 19-2-2015 04:42 PM
Aku faham masalah parents tt bila cakap tak untung, bukan sebab boros. Tapi sebab sale takde.

A ...

Tq sbb sudi cerita..shya pun ble dpt ilmu kt benang nie..

In Shaa Allah..shya nak amalkan balik ayat 1000 dinar..amalkan surah al waqiah..solat dhuha n sedekah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2015 03:29 PM | Show all posts
cmf_shya replied at 23-2-2015 11:46 PM
Tq sbb sudi cerita..shya pun ble dpt ilmu kt benang nie..

In Shaa Allah..shya nak amalkan balik ...

harap membantu.. aku pun nak kena teruskan jugak.. hehe

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2015 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Parents tt dah tua ke?  Kalo tt nak soh dia dok umah,  tt buat la kerja part time,  jadi investment agent ka..  Diorg loaded,  mak ayah x yah keje,  anak bagi elaun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2015 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
liya71a replied at 25-2-2015 01:14 AM
Parents tt dah tua ke?  Kalo tt nak soh dia dok umah,  tt buat la kerja part time,  jadi investment  ...

60 tahun... alhamdulillah masih sihat n setakat ni takde sakit apa2... murah rezeki kesihatan...


Mmg ada wat part time... tapi lom lagi sampai tahap mampu sara hidup mak ayah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2015 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
elle_april replied at 19-2-2015 04:42 PM
Aku faham masalah parents tt bila cakap tak untung, bukan sebab boros. Tapi sebab sale takde.

A ...

Terima kasih share pengalaman... sgt2 berguna...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 12:28 PM | Show all posts
Edited by cik_kala at 18-3-2015 12:33 PM

Hi semua...


Baru dekat 2 bulan aku bukak thread ni... mak aku dah mintak tolong duit lg... sekali mintak 500...sekali mintak 500... yang bulan january lepas 700...
Kdg2 tu... maaf cakap la... ada jgk aku rasa nak marah. Benda ni ujian utk aku kot... nak tengok sejauh mana lagi aku sanggup bekorban utk family aku...

Tapi come on... aku rasa macam aku je berusaha tambah income... aku tukar keje dari tempat yg selesa dan sesuai untuk org yg dah kawin macam aku ni ke tempat yg lebih stress, tempat yg kurang faham org yg dah ada keluarga dan anak, terpaksa balik lewat, keje hari sabtu dan public holiday just sbb aku nak gaji lebih tinggi...

Aku wat freelance... suami aku buat part time photographer setiap minggu sampai tak cukup hari nak rehat... mak aku cuma tau mintak tolong duit bile kesempitan... takde effort pun nak jual kuih ke jual nasik lemak ke.. atau ubah laaa perniagaan yg dah tak bole rolling tu.... ada anak mcm aku ni pun bukan bole diharap selalu... aku pun ada jgk nak settle hal sendiri...

dah la aku kawin ngan laki aku ni hampir takde pun aku tolong bayar expenses rumahtangga kami...semua laki aku yg bayar... tapi bile family aku susah, aku lak mintak duot laki aku... aku mana ada duit sgt pun..gaji ngam bayar rumah family aku ngan bayar insurans pun dah abes! Makan pakai apa aku nak beli semua duit laki aku termasuk la duit part time laki aku...

Bile tiap2 ujung minggu laki aku ada job berderet... mak aku dah ingat kami masyukk... duit banyak... lepas tu mak aku takde duit simply2 mintak aku je....

Bukan aku tak pernah bagi... dah byr rumah.... kalau ada lebih kami bg duit poket... kalau aku pinjam keta mak aku g keje...aku isi balik minyak... kdg2 penuh, kdg2 takat mana yg aku pakai je la...masa kami dpt bonus, kami blanje makan kat luar...

Adik aku yg skolah tu... laki aku tanya apa perkakas yg dia takde.. beg skolah koyak, laki aku belikan... kasut skolah koyak tak berganti masa naik skolah baru ni... laki aku jgk belikan....

kdg2 aku geram... kdg2 aku marah jugak... aku pun manusia yg kdg2 lemah iman...  kdg2 aku marah kat diri aku jgk sbb tak dapat tolong mak aku...

Sorry la aku emo sikit.... skrg aku pun dah pregnant lg 2nd child... aku pun nak simpan duit jgk...


lepas tu bile ada surat lawyer sampai sbb rumah yg aku bayar tu maaih ada outstanding, bapak aku dah tanya2 aku bayar ke tak installment rumah....takut kalau rumah kena lelong. Takut...tapi aku aku yang kontang kanting bulan2 pikir pasal nak bayar rumah ni cemana pulak??
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 12:53 PM | Show all posts
maaf tt..tak tau nk bg suggestion aper2..
banyak sangat hutang mak ayah tt tu..
cuma bertuah tt dapat suami yg sanggup susah payah dengan keluarga tt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tiputipujah replied at 18-3-2015 12:53 PM
maaf tt..tak tau nk bg suggestion aper2..
banyak sangat hutang mak ayah tt tu..
cuma bertuah tt da ...

Suggestion dah byk kat belakang2 nun tp tu la... selagi tuan punya tak dak action... sampai bila pun tak settle... saya pun tak tau la nak buat cemana...

Kat area umah saya tu makin lama makin ramai dok menega sarapan la... minum ptg la... pacak je tepi jalan bukak kemah jual la pape makanan...

Nampak tak betapa org skrang makin struggle nak cover kos sara idup... mak aku ni balik2 mintak duit modal meniaga baju.. baju abes modal tak bole rolling... duk lagu tu jugak la
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 02:33 PM | Show all posts
cik_kala replied at 18-3-2015 02:15 PM
Suggestion dah byk kat belakang2 nun tp tu la... selagi tuan punya tak dak action... sampai bila p ...

my sis pun niaga..tp kedai runcit..klu ikut mmg boleh hidup sangat dengan tu jer tp masalah semua benda atas tu segalanya..dari duit anak sekolah hingga pakaian semuanya la atas tu..
tp berniaga tak kena sewa...
ada modal ader la..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.103375 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list