CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2492|Reply: 0

KRT Telaga Batin azam jana dana

[Copy link]
Post time 3-2-2015 09:26 AM | Show all posts |Read mode


                            SEBERANG TAKIR - Selepas berjaya merangkul gelaran naib johan pada Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2014 bagi kategori projek ekonomi, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Telaga Batin bertekad untuk terus melebarkan lagi sayap aktiviti ekonomi.
       
        Pengerusi KRT Telaga Batin, Che Hussin Che Muda mengakui pengiktirafan yang diterima pada minggu lalu itu secara tidak langsung meningkatkan lagi semangat mereka untuk menerokai lebih banyak aktiviti yang mampu memberi pendapatan kepada penduduk setempat.
       
        “Alhamdulillah, kita sangat bersyukur dengan kejayaan yang diperoleh ini, meskipun gagal dapat johan, namun menduduki tempat kedua juga satu kegembiraan kerana setiap kumpulan memberikan saingan sengit,” katanya.
       
        Menurutnya, perusahaan katering yang diasaskan sejak lebih empat tahun lalu itu sememangnya menjadi antara sandaran utama KRT dalam menjana pendapatan, namun pihaknya mengambil keputusan untuk tidak terlalu bergantung pada satu sumber sahaja, sebaliknya akan memperluaskan lagi.
       
        “Sekarang ini kita dalam proses untuk mengembangkan lagi sayap ekonomi (KRT) dengan memulakan projek menanam cili sebanyak 3,000 pokok, di mana ia merupakan usaha terbaru kami untuk menambah pendapatan selain memberi peluang pekerjaan kepada penduduk.
       
        “Ini sebab, telah menjadi hasrat utama penubuhan KRT iaitu bukan sahaja ingin memajukan penduduk setempat, sebaliknya juga ingin memastikan masyarakat kurang berkemampuan turut dibantu untuk meningkatkan taraf ekonomi masing-masing,” katanya.
       
        Menyingkap sejarah penglibatan KRT dalam projek ekonomi, pada asalnya ia bermula dengan projek akuaponik iaitu sistem penternakan ikan secara integrasi dengan tanaman sayur secara hidroponik yang mendapat kerjasama daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT),
       
        Jabatan Perikanan dan Jabatan Pertanian negeri, diikuti perusahaan katering dan terbaharu tanaman cili.
       
        Menurut Che Hussin lagi, kejayaan ini mungkin tidak akan dicapai tanpa adanya sokongan dan penglibatan semua pihak termasuk Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), kerajaan negeri, pemimpin setempat dan lain-lain.
       
        “Kami berharap agar sokongan yang diberikan akan berterusan dalam memastikan lebih banyak projek ekonomi dimajukan, sekali gus membuka peluang pendapatan yang lebih banyak buat penduduk setempat,” katanya.

sumber:sinar harian

               


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.067938 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list