View: 1548|Reply: 0
|
Platform rangkaian perniagaan Asean
[Copy link]
|
|
PAMERAN dan Persidangan Asean SME (ASSC) 2015 yang berlangsung pada Mei tahun ini dijangka menjana potensi jualan melebihi RM426 juta.
Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Ir Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid berkata, pihaknya mahu melebihi sasaran yang diperoleh ketika Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana 2014 (Smidex 2014) tahun lalu.
"Mungkin 10 peratus atau lebih berbanding jumlah itu dan kami perlu bekerja keras untuk mencapai sasaran ini," katanya selepas pra pelancaran ASSC 2015 di Kuala Lumpur, semalam.
Mengulas berhubung ASSC 2015, Mohamed Al Amin berkata, pameran dan persidangan itu merupakan inisiatif utama kerajaan kerana menjadi pengerusi Asean tahun ini.
Menurutnya, pameran itu dijangka mempromosikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berinovasi di Asean seperti Brunei, Kemboja, Indonesia, Myanmar dan Thailand.
Ia sekali gus untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan terbaik serta menjadi platform kepada syarikat multinasional untuk mengambil peluang mengumpul vendor dan pembekal yang berpotensi menerusi rangkaian itu.
Katanya, PKS tempatan juga perlu menjadikan ASSC 2015 sebagai platform perniagaan untuk mengukuhkan rangkaian dengan syarikat multinasional dalam membawa produk dan perkhidmatan ke peringkat global.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim berkata, pameran tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada PKS negara luar dengan penyertaan yang tinggi.
"ASSC 2015 bukan sahaja platform antara PKS dan syarikat multinasional tetapi antara PKS tempatan dan PKS negara lain," katanya.
Dalam pada itu pameran ASSC 2015 yang bakal berlangsung dari 26 hingga 28 Mei itu, dijangka mendapat penyertaan lebih 300 tapak pameran dan lebih 10,000 pelawat perdagangan.
sumber:sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|