CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1695|Reply: 0

Saya memang harap IVF tidak pernah dicipta(Part 3)

[Copy link]
Post time 13-2-2015 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by phdhng at 13-2-2015 09:55 AM

Hari ini kami berkongsi dengan anda semua pengalaman Samantha menjalani rawatan IVF pada kali pertama.

Kami memilih hospital yang terdekat sekali (yang mempunyaiperalatan IVF) dengan kami  di Perancis untuk menjalani rawatan IVF. Walaupun terdekat sekali, kami perlu mengambilkan masa selama 4 jam untuk sampai ke sana.

Sebelum menjalankan rawatan IVF, kakitangan pusat IVFmemberitahu kami peratusan kejayaan IVF dan risiko yang mungkin akan dibawa oleh IVF.
Oleh kerana rawatan ini akan merangsangkan kemunculan kanser yang berkait rapat dengan hormon, contohnya Kanser Payudara, dan Kanser Ovari,jadi bagi perempuan yang menjalankan rawatan IVF dan mempunyai ahli keluarga yang menghidapi salah satu jenis kanser tersebut, dia akan menanggung risikoyang lebih tinggi daripada perempuan lain.

Saya juga tahu bahawa terdapat cerita yang disebarkan di internet bahawa sekiranya kakitangan perubatan menghadapi masalah kesuburan,mereka tidak akan membenarkan isteri mereka menjalankan IVF untuk mendapat zuriat. Mereka memang dapat mengetahui dengan mendalam bagi risko yang amat tinggi dan mengejutkan perlu ditanggung selepas rawatan IVF.

Walaubagaimanapun, pada masa itu saya tidak mengambil berat pada hal itu. Dan pada masa itu juga, saya berasa rawatan IVF memang merupakan pilihan utama bagi wanita yang berpendidikan tinggi seperti saya. Saya mengakui bahawa saya pernah berfikir begitu.

Pada kali pertama kami menjalankan rawatan IVF adalah Februari (mulai melalukan suntikan ke atas badan sendiri setiap hari). Selepas itu, pada bulan April, saya berjaya mengeluarkan 10 biji ovum dan berjaya memelihara dua embrio dan memindahkan kedua-dua itu ke dalam rahim saya. Akan tetapi sudah gagal.

Sebenarnya, sehingga hari kini, saya masih enggan menerima hakikat bahawa mengapa kami perul menjalankan IVF lagi sekali?

Pada tahun yang sama, bulan Disember, kami menjalankan IVFdengan kali kedua, tetapi kali ini kami menjalankan di pusat IVF swasta. Kali ini saya menjalankan IVF dengan sepenuh hati selama 2 bulan.

Saya telah mengambil ubat oral selama 5 minggu untuk menghalang kesuburan berlaku, agar dapat menjayakan rawatan IVF.(Akibatnya pada akhir rawatan IVF, saya telah masuk ke fasa menopaus!)

Bagi 2 minggu yang seterusnya, doktor menyuruh saya menyuntik ubat untuk merangsangkan ovari mengeluarkan ovum yang lebih banyak.

Doktor saya mengawas paras hormon saya setiap hari, dan dia juga membuat imbasan bagi memerhatikan keadaan sistem pembiakan saya setiap hari.
Namun begitu, kami masih gagal dalam IVF bagi kali kedua. Saya berasa sangat kecewa sehingga ingin menamatkan nyawa saya.

Dan semasa saya menjalankan IVF , saya telah mengambil cuti selama dua bulan, dan saya perlu membiayai kos yang mahal ini walaupun gagal pada akhirnya.

(Akan disambung pada kebesokkan hari)

Untuk maklumat lanjut mengenai kesihatan kesuburan, sila layari "ladies and wombs " facebook:
https://www.facebook.com/pages/L ... 625985082587?ref=hl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.609942 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list