CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1916|Reply: 0

Saya menanti-nantikan membawa bayi sa...

[Copy link]
Post time 14-2-2015 10:39 AM | Show all posts |Read mode


14 February 2015 at 10:19



Menjelang Tahun Baru Cina, bagi golongan ibu yang baru melahirkan cahaya mata dan berada pada tempoh pantang bersalin, biarpun langkah waspada pantang bersalin agak merumitkan hati tetapi masih menanti-nantikan pertemuan yang meriah antara anak kesayangan dan saudara-mara semasa Tahun Baru Cina.


Bukan sahaja kaum lelaki dan wanita yang bujang yang mungkin menaruh perasaan yang tidak suka hati semasa Tahun Baru Cina,bahkan juga dengan pasangan yang masih tidak hamil. Bagi pasangan yang baru berkahwin, saudara-mara akan menanya” bila bagi berita kehamilan?”  Satu jawapan yang boleh memenuhi kehajatan dan persalaman saudara-mara ialah “nak nikmat dunia dua orang dulu.”

Tetapi apabila tahun berganti tahun, sudah beberapa tahun masih tiada berita kehamilan disampaikan, maka mereka akan memperingatkan anda supaya cepat hamil dan jangan mensia-siakan masa lagi.

Tambahan pula sekiranya ibu mertua dan ayah mertua sudah tidak berasa suka hati terhadap tiada cucu,maka saudara-mara yang bertanya-tanya akan menggandakan perasaan ketidakpuasan mereka. Ada pula yang meminta menantu perempuan memeluk anak orang lain untuk mendapat nasib baik dan harap agar dapat cucu dengan secepat mungkin. Ada pula ibu mertua yang mengusik dan berkata”saya dah ajar dia macam mana buat, tapi tak nak dengar. Atau tak buat baik-baik. Inilah sebab sampai sekarang saya masih tiada cucu.”

Ada segolongan ibu mertua pula meminta bantuan daripada saudara-mara untuk mencari jalan  yang berhasil dalam kehamilan. Ini akan menyebabkan menantu perempuan terpaksa menghadapi golongan  saudara-mara yang bertanya-tanya dan pelbagai cadangan yang diberi samada yang berhasil atau tidak.

Untuk mengelakkan daripada menghadapi keadaan ini, sebaik-baiknya melancong sekiranya berkemampuan dalam ekonomi. Bagi pasangan yang tidak dapat melancong, terpaksalah  menunggu kedatangan saudara-mara dan pertanyaan.

Sebenarnya, persalaman saudara-mara ini akan membawa kesan negatif kepada pasangan yang menghadapi masalah kehamilan yang mana ibu mertua dan ayah mertua akan lebih memberi prihatin dan memberi tekanan. Tekanan pula merupakan faktor utama kepada masalah ketaksuburan.
Jadi, bagi pasangan yang berjaya menghabiskan rawatan rapi dan menempuhi 40 minggu usia kehamilan sehingga ke saat kelahiran, mereka akan berasa gembira apabila berdepan dengan golongan saudara-mara. Tiada lagi bertanya-tanya. Betapa seronoknya dapat menyambut Tahun Baru Cina dengan ceria sekali bersama dengan anak kesayangan.

Secara berterus terang, bagi pasangan yang berjaya mengharungi pelbagai rintangan dan kesulitan dalam kehamilan, ia memang menceriakan hati saya dan harap agar mereka dapat terus memelihara kesihatan mereka. Memelihara tubuh badan yang sihat bukan sahaja untuk menyambut kedatangan bakal bayi, bahkan juga untuk menjamin kesihatan sendiri. Badan cergas,minda cerdas menceriakan sehari-hari anda.



Untuk maklumat yang lanjut, sila layari lah
https://www.facebook.com/pages/L ... 625985082587?ref=hl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.060712 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list