Salam semua. Maaf kalau saya post kat tempat yang salah. Tak tahu nak post kat mana. Saya ada masalah kahak yang tak pernah hilang. Dah pergi klinik banyak kali. Hospital pun dah pergi dan doktor cakap paru2 ok. Test darah pun ok. Doktor cakap mungkin masalah berpunca dari perut tapi dia kata kena check dulu dalam perut pakai apa benda entah nama benda tu. Saya dah lupa.
Sekarang saya nak cuba rawatan traditional. Jadi saya nak tanya kalau2 siapa2 tahu kat mana ada rawatan tradisional untuk buang kahak?
Dulu pernah ada sekali keluar kat majalah Mastika tentang seorang pakcik ni yang pandai buangkan kahak. Cara dia ialah dengan menjolok tekak pesakit dan pesakit akan muntahkan kahak sahaja. Mak saya pernah buat dulu tapi masalahnya dia dah lupa kat mana tempat tu. Kalau ada sesiapa yang tahu mana2 tempat yang boleh mengubat masalah kahak ni, tolong beritahu ye.