|
"Nama Gergir sememangnya tidak asing lagi bagi mereka yang pernah tinggal di negara Arab. Sayuran yang berbentuk seperti bayam jepun ini dipercayai mempunyai khasiat yang amat bernilai khususnya bagi kaum lelaki. Bahkan, ada yang menamakan Gergir ini sebagai Viagra Arab. Terdapat sebuah syair Arab yang bermaksud " Kiranya Perempuan tahu akan khasiat Gergir, Nescaya mereka akan menanamnya di bawah katil mereka".
Persoalannya, adakah Gergir ini mengandungi khasiat sebagaimana yang didakwa. Kajian menunjukkan bahawa Gergir merupakan antara sayuran tertua yang dipercayai digunakan oleh manusia samada untuk makanan atau perubatan. Sayuran yang berasal dari keluarga Brassicaceae ini amat terkenal dikalangan bangsa Arab dan Eropah. Ianya kaya dengan Sulfur, Nitrogen dan Iodin. Tumbuhan ini merupakan pencuci darah yang amat berkesan disamping khasiatnya dalam membantu penyembuhan penyakit berkaitan dengan sistem hati dan ginjal. Sayuran ini juga mempunyai Lutein yang mampu meningkatkan keupayaan penglihatan dan kesihatan mata. Ianya juga didapati mampu meningkatkan pengeluaran susu bagi kaum ibu.
Antara kandungan vitamin yang terdapat didalam sayuran ini adalah vitamin B, vitamin E, vitamin C, vitamin A, vitamin K, sodium, copper, phosphorus, iron, manganese, zinc, selenium, dan magnesium. Sayuran ini juga berupaya untuk meningkatkan Hemoglobin, menstabilkan kandungan gula dalam darah, meningkatkan keupayaan sistem imun badan serta menggalakkan pertumbuhan rambut.
Tumbuhan ini juga mempunyai nilai khasiat yang tinggi untuk kesihatan kaum lelaki. Vitamin B5 yang kaya dalam tumbuhan ini mampu meningkatkan keupayaan libido kaum lelaki dan menjadikannya sebagai tonik yang amat berkesan dan selamat untuk digunakan. Amalan meminum Sesudu teh sehari minyak Gergir sudah mampu untuk memulihkan masalah berkaitan keupayaan kaum lelaki. Masalahnya, bagaimana untuk mendapatkan sayuran ini atau minyaknya. Hasil carian terdapat beberapa syarikat yang membekalkan minyak ini dinegara kita. Antaranya http://beautynilofar.blogspot.com/p/minyak-gergir.html. Mungkin faktor bekalan yang agak susah menjadikannya begitu terhad di pasaran.
Jika para pembaca mempunyai maklumat tambahan atau sebarang pembetulan, bolehlah dikongsikan bersama disini. Semoga ianya memberi manafaat untuk kita semua. Insya Allah artikel seterusnya berkaitan khasiat minyak Argan yang mula mendapat tempat dikalangan masyarakat kita. " |
|