CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3729|Reply: 2

Malaysia tempat ke-8 negara kekang agama, kata kajian AS

[Copy link]
Post time 2-3-2015 07:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by abgsedapmalam at 2-3-2015 07:35 AM





Malaysia disenaraikan sebagai antara 10 negara teratas yang kerajaannya mengenakan kekangan sangat tinggi ke atas agama, menurut hasil kajian Pew Research Center yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Dapatan bagi tahun 2013 meletakkan Malaysia di tempat ke-8 dalam kategori "sangat tinggi" di kalangan negara yang terkenal dengan campur tangan kerajaan atau kekangan terhadap agama.
Mendahului senarai ialah China, diikuti Indonesia, Uzbekistan, Iran, Mesir dan Afghanistan.
Malaysia hanya satu kedudukan lebih rendah daripada Arab Saudi yang berada di tempat ke-7, manakala negara jiran Brunei dan Singapura masing-masing di tangga ke-15 dan 18.
Markah Malaysia meningkat dari segi kekangan yang dikenakan kerajaan, dari 7.6/10 pada 2012 ke 7.9 pada 2013.
Berbanding enam tahun lalu, pada Jun 2007 - yang digunakan sebagai garis dasar, Malaysia memperolehi 6.4 markah dari segi kekangan kerajaan.
Kekangan tersebut ditakrifkan sebagai undang-undang, dasar dan tindakan yang menyekat agama, serta langkah melibatkan larangan menukar agama seseorang dan layanan istimewa kepada kumpulan agama tertentu di sesebuah negara.
Kajian Pew juga mengukur penindasan agama di kalangan masyarakat, yang meliputi pelbagai tindakan terhadap penganut agama lain termasuk vandalisme ke atas harta agama, pencemaran buku suci dan keganasan.
Malaysia menurun dari segi indeks tersebut, dari 3.9 pada 2012 ke 2.9 pada 2013.
Ini selaras dengan trend keseluruhan yang menurun di seluruh dunia dari segi permusuhan sosial yang melibatkan agama, kata Pew Research Center.
Bagaimanapun, Malaysia hanya mendapat 1 markah pada Jun 2007.
Peningkatan kekangan kerajaan terhadap agama mencerminkan ketegangan berterusan di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu, melibatkan beberapa isu.
Ia terutamanya berkisar penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut Kristian dan Sikh yang bertutur dalam Bahasa Malaysia, serta tuduhan antara orang Islam dan Kristian mengenai cubaan menukar agama satu sama lain.
Penyebaran agama selain Islam kepada umat Islam di Malaysia adalah dilarang.
Terdapat juga kebimbangan mengenai isu yang timbul daripada penukaran agama kanak-kanak bawah umur oleh salah seorang ibu bapa yang memeluk Islam tanpa persetujuan pasangan, dan sikap tidak toleran terhadap amalan dan aspek budaya agama bukan Islam.
Di peringkat dunia, ketika permusuhan sosial menurun bagi tahun 2013, satu perempat daripada negara di dunia masih bergelut dengan permusuhan antara agama dan di kalangan agama, kata pusat penyelidikan itu.
Di seluruh dunia juga, penganut Kristian dan Islam merupakan kumpulan yang paling teruk berdepan gangguan di banyak negara, menurut laporan itu. – TMI


[size=11.9999990463257px]



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2015 08:19 AM | Show all posts
Apabila negara pernganas cuba berbicara tentang hak asasi dan manusia....puihhhh

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 10:37 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Hada paksaang ke...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.037548 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list