CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1887|Reply: 0

Tips Percutian: Lengkapkan Perjalanan Anda Dengan Insurans Perjalanan

[Copy link]
Post time 20-3-2015 02:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by easicircle at 20-3-2015 02:26 PM

Masih ramai yang masih tidak tahu mengenai kepentingan yang bakal diperolehi apabila melindungi diri dengan insurans perjalanan. Mengapa kebanyakan daripada anda masih rasa tidak perlu untuk membeli insurans perjalanan?

Mungkin anda merasakan yang anda sudah cukup dilindungi kerana anda sudah memiliki insurans nyawa, insurans kemalangan peribadi dan kad perubatan. Namun anda perlu tahu kelebihan insurans perjalanan adalah ia akan melindungi perjalanan anda sewaktu anda berada di dalam mahupun luar negara.

Sudah semestinya tidak menjadi suatu kerisauan jika anda hanya sekadar melakukan perjalanan di dalam negara. Namun bagaimana jika anda perlu mulakan perjalanan ke luar negara.

Secara amnya, insurans kad perubatan hanya melindungi diri dan berfungsi apabila anda berada di tempat asal anda, bermaksud di negara anda bermastautin.

Oleh itu, insurans perjalanan sangat relevan untuk anda pertimbangkan untuk dijadikan perlindungan wajib jika anda merancang untuk memulakan perjalanan ke luar negara. Anda sendiri tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku semasa anda  berada di luar negara.

Risiko untuk anda berdepan dengan musibah seperti kemalangan, sakit, kehilangan pasport, pembatalan atau kelewatan penerbangan dan kehilangan bagasi.      

Adakah anda sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi seperti dinyatakan di atas semasa anda berada di luar negara? Di tempat di mana anda sendiri tidak tahu bagaimana prosedur atau mungkin masalah bahasa yang dihadapi boleh melambatkan lagi proses untuk anda menguruskan hal tersebut.

Tambahan pula, kos rawatan di luar negara, kos peginapan sekiranya penerbangan terpaksa ditangguh dan kos penghantaran jenazah sudah tentu memerlukan kos kewangan yang banyak.

Melindungi diri dengan insurans perjalanan juga mempunyai kelebihan kerana pihak insurans akan membiaya perjalanan penghantaran pulang jenazah sekiranya berlaku kemalangan, kecederaan atau kematian pada pemegang polisi. Selain itu, menerusi sesetengah insurans perjalanan juga, anda turut dilindungi oleh insurans kemalangan peribadi.

Adakah anda sudah bersedia membayar ribuan ringgit untuk kos yang berkaitan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini? Jadi, tidak salah jika anda melabur sedikit demi melindungi diri dan insan tersayang sewaktu anda memulakan perjalanan di dalam dan di luar negara.

Walau bagaimanapun, sebaiknya anda perlu bijak memilih insurans perjalanan yang komprehensif demi memberi perlindungan maksima supaya memberi ketenangan kepada anda sewaktu ingin memulakan perjalanan ke luar negara.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.057689 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list