View: 1908|Reply: 5
|
Acara cium duit MLM jadi pertikaian
[Copy link]
|
|
Gambar memaparkan kegiatan sekumpulan orang ramai mencium duit disebarkan meluas dan mengundang pertikaian banyak pihak.
Ramai pengguna maya tampil menyatakan bantahan mereka terhadap penganjuran program itu yang didakwa seperti menyembah wang ringgit.
Laman prokerajaan Friends of BN antara yang mengetengahkan perkara itu dan menegaskan bahawa rezeki datangnya daripada Allah.
“Salah satu seminar multi level marketing (syarikat pemasaran bertingkat) yang semakin dikenali.
“Mereka buat satu upacara cium duit dengan alasan bakal merubah hidup menjadi jutawan.
“Masya-Allah, rezeki itu datangnya dari Allah. Bukan dengan cara menyembah wang ringgit,” menurut status di laman itu.
Berdasarkan gambar dimuat naik, sekurang-kurangnya 11 orang hadir dalam acara itu yang kelihatan seperti berlangsung di sebuah hotel.
Terdapat gambar lain dikongsi memaparkan wang itu juga dipeluk erat ke dada.
Ia antaranya memaparkan beberapa orang mencium secekak wang, yang nilainya mungkin mencecah belasan ribu ringgit atau lebih, jika menggunakan nota RM50.
Pengguna lain juga rata-rata tidak senang dengan acara itu.
Khaidir Mohd Fauzi Kdeck: Baik cium al-Quran. .
Ejam San: Makcik yang belakng tu dah sengih-sengih dah menunggu giliran nak cium duit. Ha,ha, ha... memalukan!
Wizz Key: Cium tangan mak ayah, laki bini lagi baik. Dapat pahala.
Bagaimanapun terdapat juga pihak yang enggan menuduh melulu tanpa menyelidik terlebih dahulu perkara itu.
Marzuki Muhammed: Rata-rata ikut admin bagi persepsi negatif. Yang pakai tudung tu dah jadi jutawan. Namanya Puan ****** (Editor: nama tidak dinyatakan). Hutang ratusan ribu dah selesai.
Baru saja dapat hadiah BMW F10 terbaru daripada pihak syarikat. Orang yang berminda negatif hasilnya negatif. Maaf cakap.
Mahfuza Lamid: Itu terapi mungkin salah satu cara bagi semangat untuk majukan perniagaan. Mungkin ada yang dah salah tafsir. Tolong beri penjelasan andai ada pihak yang bertangungjawab cuba siasat dahulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
walaupun nampak macam bingai tapi biarlah..at least diorang bukan bercemolot sesama sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|