View: 1464|Reply: 0
|
Laluan Nicol tersekat di saingan separuh akhir
[Copy link]
|
|
LALUAN pemain nombor satu dunia dari Malaysia, Datuk Nicol David pada kejohanan skuasy Terbuka Antarabangsa Alexandria tersekat di saingan separuh akhir setelah kalah kepada pemain tuan rumah Omneya Abdel Kawy, hari ini.
Dalam kejohanan yang berlangsung di Bibliotheca Alexandrina di Mesir, Nicol kalah 2-3 kepada Omneya, pilihan ketujuh, dalam pertembungan lima set yang sengit dan mendebarkan.
Pilihan utama kejohanan itu bermula dengan baik selepas berjaya menguasai dua set pertama dengan mencatat kemenangan 11-7 dan 11-7.
Bagaimanapun Omneya bangkit semula dalam set ketiga dan mendahului sejak awal sebelum menang 11-8.
Nicol pula kehilangan rentak dalam dua lagi set yang menyaksikan Omneya melengkapkan kemenangan 11-1 dan 12-10. Perlawanan itu berlangsung selama 65 minit.
"Saya ingin nyatakan betapa gembiranya saya. Saya hanya mengalahkannya (Nicol) sekali saja... lama dulu, dan sejak itu dia selalu menewaskan saya. Saya berbesar hati dengan cara saya bermain hari ini. Saya rasa saya bermain dengan sangat baik," kata Omneya dalam laman web kejohanan www.alexandriainternationalsquash.com.
Dalam satu lagi saingan separuh akhir, pilihan kedua Raneem El Welily menumpaskan seteru lama Laura Massaro dari England 11-8, 8-11, 11-5, 8-11 dan 11-5, yang akan menyaksikan pertembungan dua pemain Mesir di final. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|