CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1699|Reply: 0

Adakah Perjalanan Anda Sudah Dilindungi?

[Copy link]
Post time 26-6-2015 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Pernah atau tidak sebelum memulakan perjalanan ke mana-mana destinasi anda terfikir mengenai sebarang risiko yang bakal menimpa semasa anda sedang bercuti atau sekadar atas dasar kerja. Bagaimana jika anda ditimpa kemalangan atau sakit di tempat yang anda sendiri tidak pasti apakah prosedur yang perlu dilakukan kerana setiap negara mempunyai prosedur yang berbeza-berbeza.

Pasti keadaan ini akan menimbulkan rasa cemas dan tertekan jika perkara tidak diduga ini berlaku. Namun jika anda dilindungi oleh insurans perjalanan, anda akan menerima perlindungan untuk kejadian yang dapat dilindungi termasuk kemalangan peribadi, perbelanjaan perubatan, kehilangan bagasi, penangguhan penerbangan, kelewatan penerbangan, kehilangan wang dan pasport.

Apa yang perlu anda tahu insurans adalah salah satu instrumen kewangan berfungsi untuk melindungi anda daripada kesan risiko musibah disebabkan kejadian yang tidak diingini seperti kematian, hilang upaya atau penyakit kronik. Di mana, insurans akan membantu menyediakan sedikit bantuan kewangan bagi keluarga anda, lebih-lebih lagi jika anda adalah pencari nafkah utama.

Tiada siapa dapat menjangka bila kemalangan akan berlaku dan sakit bila-bila masa sahaja boleh menimpa diri anda. Persoalannya sudahkah anda membuat persediaan kewangan yang mencukupi untuk menampung segala kos perubatan di hospital sekiranya sesuatu musibah yang tidak diduga menimpa.

Demi menjamin ketenangan minda, adalah lebih baik jika anda mengutamakan kebajikan diri terlebih dahulu dengan melengkapkan diri dengan insurans perjalanan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.305729 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list