CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1685|Reply: 0

[Juadah/Kuih] CARA MEMBUAT BUBUR LAMBUK ALA KG BARU YANG MUDAH

[Copy link]
Post time 26-6-2015 08:56 PM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini penulis berkesempatan membuat bubur lambuk ala Kg Baru tapi telah diubahsuai sedikit. Pembaca bolehlah mencuba resepi ini. InsyaAllah makan sampai pinggan licin.
Bahan-bahan
  • Dua cawan beras dibersihkan
  • 300-500 gram daging dipotong dadu
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 biji bawang besar merah*
  • 1 genggam udang kering*
  • 1 kiub pati lembu
  • 1 sup bunjut
  • Rempah ratus : Bunga lawang,kulit kayu manis, lada hitam
  • 1 sudu halba
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cawan santan
  • air secukupnya
Cara-cara
1. Bahan bertanda * ditumbuk halus atau dikisar terlebih dahulu
2. Panaskan minyak, masukkan bahan * yang telah ditumbuk halus dan juga rempah ratus. Goreng hingga layu.
3. Masukkan daging dan goreng seketika, kemudian masukkan air.
4. Masukkan beras yang dibasuh, tambahkan sup bunjut ,kiub pati lembu, daun pandan dan halba. Biarkan sehingga beras menjadi bubur. Tambah air jika perlu.
5. Masukkan air jika perlu, dan tambahkan santan. Gaul dan biarkan seketika sehingga mendidih.
7. Sebelum dimakan, tambangkan bawang goreng dan juga daun sup mengikut citarasa anda.
wanista

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Hari Raya Aidilfitri


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    27-11-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.144150 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list