Sebut sahaja Karipap, pasti ramai penggemarnya tanpa mengira umur dan bangsa. Karipap merupakan sejenis makanan yang amat popular di Malaysia, Thailand dan juga Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Kebiasaannya inti karipap adalah sardin, ayam, daging dan kentang.
Macam mana nama karipap terhasil? Nama karipap dikatakan berkait rapat dengan intinya, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Mungkin sebab itu lah namanya KARIpap.
Kuih karipap selalunya menjadi pilihan menu dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta. Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh o panas yang menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih ceria.
Karipap pusing amat digemari ramai kerana kulit karipap ini digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak berlapis-lapis yang cantik. Karipap ini juga lebih sedap berbanding karipap yang lain kerana kulitnya yang lebih garing. Intinya dari keledek atau kentang dan bahan perasa dari serbuk kari.
Namun, untuk membuat karipap pusing tidaklah begitu mudah kerana memerlukan teknik dan kelembutan untuk menghasilkan lapisan kulit karipap yang bercorak.
Jom kita lihat cara penghasilan karipap pusing. - CARI Infonet.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register