CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1260|Reply: 0

Cara Pastikan Kesegaran Ikan sebelum Beli

[Copy link]
Post time 1-8-2015 01:12 PM | Show all posts |Read mode


Bau
Ikan yang segar lazimnya kurang berbau. Beberapa jam selepas itu, Trimethylamine akan terhasil dan menyebabkan ikan berbau seperti hanyir. Semakin lama terbiar, bau itu akan semakin kuat.


Mata
Biasanya  mata ikan yang masih segar terang/cerah dan bulat/besar. Anak matanya  juga kelihatan hitam. Mata ikan yang merah atau keputihan dan anak mata  kelabu menandakan itu bukan ikan segar.

Insang
Bagi ikan yang segar ia akan kelihatan berwarna merah dan keras. Ikan yang tidak segar pula akan kelihatan kelabu dan lembut.

Sisik
Ikan  segar akan mempunyai sisik yang kukuh melekat pada bahagian kulitnya  serta susah ditanggalkan. Manakala, ikan tidak segar adalah sebaliknya.

Perut
Pada  bahagian perut ikan segar, ia akan kelihatan putih dan tegang. Ia akan  bertukar menjadi kelabu dan lembut beberapa lama selepas itu.
panduansihatselalu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.032236 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list