CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20423|Reply: 4

6 Tempat Makan Popular Di Alor Setar

[Copy link]
Post time 3-8-2015 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Kedah merupakan negeri kedua terbesar di utara Semenanjung Malaysia dengan majoriti penduduknya menyara hidup sebagai petani. Oleh itu, kepekatan budaya desa di sini amat jelas dapat dilihat.
Walaupun berada di Bandaraya Alor Setar, dengan mudah kita boleh mendapatkan makanan bercirikan desa. Tanpa menafikan kebanjiran restoran-restoran segera dan juga moden mahupun nasi Arab, masakan bercirikan desa masih banyak di bandaraya ini.
Senarai ini akan meninjau pelbagai genre makanan yang terdapat di Alor Setar dan tempat-tempat yang agak popular di sini. Walaupun masih banyak lagi tempat yang juga terbaik, semuanya tepulang kepada pendapat masing-masing.
Semoga artikel senarai tempat makan popular di Alor Setar ini dapat membantu anda.

#1 Apam Lenggang Stesyen Bas LamaBekas Stesen Bas Lama, Jalan Langgar, Alor Setar
Suatu ketika dahulu, stesen bas ini merupakan pusat tumpuan rakyat yang menggunakan perkhidmatan bas untuk bergerak terutamanya bagi mereka yang tinggal di selatan Alor Setar. Malahan stesyen bas ini juga menjadi tumpuan pelajar-pelajar sekolah untuk membeli kuih-muih dan berpeleseran.
Apam Lenggang ini wujud sejak lama dan masih ada sehingga ke hari ini. Seperti namanya, pastinya keunikan dan menu pilihan di sini adalah apam lenggang yang merupakan antara makanan popular di utara. Apam yang amat ringkas dengan rasa yang unik serta amat menyihatkan ini walaupun nampak ‘mudah’ tetapi amat sedap dan menyelerakan jika kena pada caranya.
Dengan harga yang murah dan servis yang baik, restoran ini dikunjungi begitu ramai pelanggan samada yang mahu menikmati apam lenggang ataupun kuih-muih lain mahupun menu-menu lain yang tidak kurang sedapnya. Bersarapan di sini pastinya satu pengalaman yag amat baik.

#2 Mat Cucur UdangTaman PKNK, Alor Setar
Mat Cucur Udang adalah satu nama yang begitu popular di kalangan penduduk Alor Setar. Ia menyajikan cucur udang terbaik kepada rakyat Kedah sejak berpuluh tahun yang lalu namun hanya di pasar-pasar malam. Oleh itu, bukan kerja mudah untuk mencari di pasar malam manakah mereka beroperasi setiap hari.

Namun sejak memulakan perniagaan di restoran tetap di Taman PKNK, pelanggan tidak sukar untuk menikmati cucur udang terbaik ini. Menyebut cucur udang bererti ia benar-benar cucur udang dengan udang bersaiz sederhana akan dapat dilihat di atas setiap cucur.
Walaupun setelah dipotong, setiap gigitan masih akan dapat merasa udang asli yang digoreng bersama cucurnya selain bawang dan taugeh. Sungguhpun demikian, menunya begitu pelbagai dimana selain cucur udang, kita boleh mencampurkannya dengan tauhu, cucur bawang, fish cake dan beberapa lagi komponen yang biasa kita lihat bersama cucur udang.
Mat Cucur Udang turut terkenal kerana kuah kacangnya yang tiada tandingan dan tidak akan terdapat di mana-mana sahaja.

#3 Restoran Nasi Kandar YasmeenLebuh Raya Darulaman , Alor Setar
Nasi kandar juga merupakan salah satu menu popular di utara, tidak terkecuali di Alor Setar. Antara nama yang sering menjadi sebutan adalah Nasi Lemak Haji Ali dan juga Nasi Lemak Royale Hijau Kuning. Tetapi satu lagi restoran nasi kandar yang mendapat begitu ramai pengunjung adalah Nasi Kandar Yasmeen yang menghidangkan antara nasi kandar terbaik.
Restoran ini terletak berhampiran bekas Hospital Besar Alor Setar dan juga Stadium Darulaman, menjadikan restoran ini sering dikunjungi begitu ramai pelanggan.
Menurut pengunjung di sini, nasi kandar dengan ayam goreng, telur rebus dan sedikit sayuran sudah cukup untuk menambat hati kita dengan hidangan di sini. Walaupun terdapat menu lain seperti ayam ros, ayam madu dan sebagainya tetapi menu asas tersebut juga yang kerap dipesan pelanggan.
Ayam gorengnya begitu rangup dan berperisa dengan isi yang berjus begitu mengiurkan. Dengan kuah yang dicampur dengan begitu baik oleh pekerjanya, tanpa sedar, anda sudah memesan nasi tambah untuk dinikmati.
Selain nasi kandar, terdapat juga menu lain yang lazim di kedai nasi kandar.

#4 Kuey Teow ImanJalan Sultanah, Alor Setar
Makan malam di Alor Setar pastinya tidak kurang hebatnya dengan begitu banyak tempat untuk dikunjungi termasuk gerai-gerai charkueyteow yang begitu banyak di sini. Salah satu restoran char kueyteow terbaik yang popular di sini adalah Kuey Teow Iman.
Bermula sebagai sebuah gerai yang menjual char jueyteow, kueyteow kerang dan juga nasi lemak bungkus untuk dimakan di tepi jalan, kini Kuey Teow Iman berkembang dengan begitu pesat dan memiliki sebuah restoran yang tersergam di Jalan Sultanah.
Restoran ini juga turut menyajikan makanan barat dan juga nasi ayam serta satay untuk santapan para pengunjung yang agak ramai terutamanya di malam minggu.
Namun ‘killer menu’ di sini masih lagi char kuey teow yang begitu berkualiti dengan rasa yang kuat dan juga udang bersaiz sederhana serta sayuran yang segar, pengunjung di sini amat mengagumi hidangan di sini. Tidak hairanlah jika pelanggan di sini turut melibatkan pengunjung dari luar.

#5 Restoran Sri PumpongJalan Anak Bukit , Pumpong, Alor Setar
Sesuai dengan imej desa di Alor Setar, amat mudah untuk kita mencari makanan ala kampong yang baik di sini. Antaranya adalah Restoran Sri Pumpong yang amat popular sejak lama dan menjadi pilihan khalayak pekerja di sekitar Alor Setar untuk makan tengahari dan juga pengunjung yang sengaja datang dari jauh.
Malahan dikatakan bahawa golongan istana Kedah turut mencemar duli makan di restoran ini.
Restoran ini menghidangkan lauk pauk ala kampong yang begitu pelbagai. Daripada kari ikan, kari daging, masakan rending, masakan sup sehinggalah kepada ikan bakar, daging bakar serta ulam-ulaman segar yang jarang didapati di tempat lain.
Tidak hairanlah bukan sedikit pelanggan di sini tidak kira hari apa pun. Makanan juga dihidangkan panas-panas dengan layanan yang amat baik.
Pelanggan boleh memilih samada mahu makan secara hidang ataupun nasi campur dalam satu pinggan. Harganya agak sedikit tinggi relative dengan kedudukannya di Alor Setar tetapi amat berpatutan dibandingkan kualiti makanan serta layanan yang amat baik. Kata orang, untuk merasai masakan sebenar Kedah, di sinilah salah satu tempatnya.

#6 Restoran MikamalJalan Anak Bukit, Alor Setar
Melihat restoran ini dari jauh, seolah-olah restoran nasi kandar atau restoran mamak yang biasa, namun ada suatu kelebihan besar yang dimiliki restoran ini.
Restoran Mikamal yang terletak tidak jauh daripada pintu masuk Istana Anak Bukit termpat bersemayamnya Tuanku Sultan Kedah ini menghidangkan antara masakan mee terbaik di Alor Setar malah mungkin lebih baik daripada Mee Abu yang terkenal.
Mee gorengnya amat sedap dan boleh dipesan samada mahu basah ataupun kering. Dengan sedikit sotong dan juga cucur serta tauhu yang digoreng dengan sedikit telur, keasyikkan mee ini amat memukau dan tanpa kita sedari, kita telah memesan sepinggan lagi.
Begitu juga dengan mee rebus yang amat sedap hasil gabungan dua jenis kuah iaitu kuah mee rebus serta kuah cili yang boleh diselaraskan untuk mendapatkan kepedasan yang diinginkan. Malahan rasa masam limau nipis serta rasa sedikit kemanisan itu sememangnya memerangkap selera.
Satu lagi menu yang menjadi kegilaan adalah pasemburnya yang sedap. Walaupun begitu, kuahnya sedikit manis.
Selain, mee serta pasembur, restoran ini juga turut menyajikan nasi kandar yang tidak kurang hebatnya dengan lauk pauk yang baik. Juga seperti biasa terdapat hidangan lazim restoran nasi kandar seperti roti canai, murtabak dan sebagainya.
Minumannya juga pelbagai dan lebih menggembirkan adalah layanan yang begitu mesra daripada pekerja walaupun anda memesan dengan banyak kerenah.

………………………………………………………

Makan di Kedah juga bukanlah satu isu kerana banyak terdapat begitu banyak tempat makanan yang terbaik. Senarai ini sedikit sebanyak memberikan “outline” yang terbaik untuk anda merangka tempat makanan terbaik di sini.
Sungguhpun begitu, masih banyak tempat yang mungkin lebih baik tetapi terpulang kepada anda untuk menilai. Apapun, masakan ala kampong amat popular di Alor Setar.
saji.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2015 03:05 PM | Show all posts
saya nak tambah satu lg.. klu nak makan chinese muslim food.. boleh pegi ke Restauran Makanan Cina Muslim Abdullah Khor Derang kt No. 11, Medan Selera (Belakang Petronas Tanah Merah, Jitra) phone no. 014-7572451...

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2015 04:23 PM | Show all posts
ye ye je tt sedap
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2019 04:12 PM | Show all posts
Banyak jugak tempat makan menarik kat Alor Setar ni ya? Ingatkan tak banyak.CAR RENTAL ALOR SETAR


Copy the Code



Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kopitiam ukir mall
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.475367 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list