View: 2106|Reply: 0
|
Tips memasak buah tomato
[Copy link]
|
|
Buah tomato atau nama spesifiknya lycopersicum merupakan sejenis sayur yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan. Boleh dimakan begitu sahaja atau dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Terdapat beberapa tips untuk memasak buah tomato tanpa menjejaskan kualiti dan khasiatnya:
1. Gunakan pisau yang sesuai untuk menghiris tomato iaitu pisau yang bergerigi. Jika tiada pisau bergerigi, boleh menggunakan pisau leper biasa yang dipakai di dapur tetapi pastikan ia benar-benar tajam supaya kulit tomato tidak rosak ketika dipotong.
2. Tidak menggunakan periuk, kuali atau peralatan aluminium untuk memasak tomato. Ini kerana asid tomato akan memberi tindak balas kepada aluminium sehingga rasa tomato bertukar menjadi pahit dan warnanya berubah pucat. Malah, warna bekas memasak itu juga boleh berubah.
3. Herba yang sangat sesuai dimasak bersama tomato ialah daun selasih, oregano, lada benggala, marjoram, halia, daun bay, thyme, biji seleri, bijan, parsli dan kucai.
4. Sekiranya asid tomato terlebih, taburkan sedikit garam dan gula ke atas tomato tersebut supaya rasanya akan terbit.
5. Untuk mengupas kulit tomato dengan lebih mudah, rendamkan ia di dalam air panas lebih kurang 20 saat, keluarkan dan masukkan ke dalam air sejuk dengan serta merta. Kulit tomato akan lebih mudah untuk dikupas. Selamat mencuba!
Kredit gambar:
http://awaytogarden.com/files/2009/08/chopped-tomatoes.jpg
http://www2.gefu.com/uploads/tx_pbproductgallery/30030_8_01.jpg
http://www.organicgardening.com/ ... el-tomato-4-250.jpg
http://images.sodahead.com/polls ... r_salt__xlarge.jpeg
http://www.simplyum.com/wp-conte ... eel-tomatoes-13.jpg
trymasak.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|