CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3603|Reply: 0

Tips makan masam untuk ibu hamil

[Copy link]
Post time 7-8-2015 12:29 PM | Show all posts |Read mode

Ramai dikalangan ibu hamil akan berasa mual pada awal kehamilan yang menyebabkan mereka suka mengambil makanan masam untuk mengurangkan rasa loya tersebut. Tidak mustahil ada yang menjadikan makanan masam sebagai makanan kegemaran di awal kehamilannya. Tidak salah untuk menikmati makanan masam, tetapi pastikan tidak dimakan ketika perut kosong dan  dalam kuantiti sederhana.




Makanan masam atau jeruk bersifat menghakis yang berisiko melukai perut sekiranya dimakan ketika perut kosong. Pastikan makan makanan berat terlebih dahulu seperti nasi, roti, mee atau kuih-muih sebelum mengambil makanan masam. Seeloknya elakkan dari mengambil jeruk buatan yang diperam kerana ia mengandungi banyak kandungan kalori, cuka, bahan pengawet dan bahan kimia yang mudah menghakis perut.




Makanan masam tidak bermakna jeruk, terdapat pelbagai jenis makanan masam lain yang boleh mengurangkan rasa mual dan loya tetapi tidak memudaratkan. Untuk elakkan rasa loya, disarankan mengambil makanan masam yang diperbuat dari buah-buahan semula jadi seperti asam jawa, limau nipis, lemon atau air halia hangat.



Yogurt salah satu makanan ringan yang ideal diambil oleh ibu hamil kerana mengandungi sumber protein, kalsium, vitamin dan lemak yang baik. Selain kandungan gizi yang lengkap, kandungan bakteria baik di dalamnya juga dapat memelihara kesihatan saluran pencernaan dan mencegah sembelit yang sering dialami ketika hamil. Seeloknya tambahkan potongan buah segar atau buah beri  supaya lebih lazat dan berkhasiat.



Ibu hamil juga boleh mengambil rojak buah yang mengandungi kandungan vitamin, mineral, serat dan zat warna pada buah-buahan. Untuk mendapatkan kandungan gizi yang lengkap, pelbagaikan dengan jenis dan warna buah-buahan dalam rojak. Sesekali gantikan mangga muda atau kedondong dengan buah strawberi atau kiwi, tetapi pastikan tidak ada campuran nenas.




Selain itu, ibu hamil juga boleh mengambil acar buah yang mengandungi kandungan serat, vitamin dan mineral yang tinggi. Namun pemprosesan acar buah ini membuatkan sebahagian daripada zat di dalamnya berkurangan. Justeru pengambilannya perlu hadkan.

Walaupun pengambilan makanan masam tidak mengganggu pertumbuhan janin, namun ia boleh mengundang masalah kesihatan kepada ibu sekiranya diambil secara berlebihan. Makan makanan masam sekadar yang diperlukan sahaja dan bukan bertujuan untuk makan sehingga kenyang.

Kredit gambar:
http://gm-img.s3.amazonaws.com/g ... Straits-Cafe-10.jpg
http://scdlifestyle.com/wp-conte ... o-make-yogurt-1.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-h-H0lY ... 0/Lemon+hangat.jpeg
http://1.bp.blogspot.com/-fcZtim ... 7ZQ/s1600/jeruk.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-n00H4o ... M/s320/DSC_0050.JPG
http://www.mango.org/sites/defau ... crop.JPG?1337642119



trymasak.my



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.368869 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list