CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2680|Reply: 0

6 Makanan sihat ketika larut malam

[Copy link]
Post time 7-8-2015 07:10 PM | Show all posts |Read mode
Ramai yang takut untuk makan lewat malam kerana beranggapan ia tabiat yang menggemukkan. Sebenarnya ia bergantung kepada jenis dan jumlah kalori makanan ringan yang diambil, tidak kira waktu siang ataupun lewat malam. Elakkan makanan ringan yang mengandungi karbohidrat berkanji dan lemak yang tinggi, terutamanya pada waktu malam kerana tenaga berlebihan yang dihasilkan akan berkumpul menjadi lemak.

Berikut adalah beberapa jenis makanan ringan yang sihat dan elok diambil ketika lewat malam atau sebelum tidur sekiranya berasa lapar. Ia bukan sahaja dapat menghilangkan rasa lapar, malah lebih mudah untuk tidur dengan lebih lena.

1. Pisang




Pisang mengandungi karbohidrat kompleks yang boleh menghasilkan melatonin untuk memudahkan kita tidur. Selain meningkatkan kadar insulin yang dihasilkan bagi membantu tubuh badan mendapat rehat yang mencukupi, kandungan potassium dan magnesium yang tinggi dalam pisang juga boleh membantu otot kita berehat.

2. Smoothie blueberri




Smoothie buah-buahan terutamanya blueberri yang diperbuat daripada yogurt rendah lemak sebagai bahan asasnya elok dijadikan salah satu makanan ringan ketika tengah malam. Ia mampu berfungsi sebagai probiotik jika ditambah yogurt dalam bentuk cecair kerana boleh membantu melancarkan sistem penghadaman semasa tidur.

3. Yogurt dengan buah-buahan




Yogurt mengandungi kandungan protein yang tinggi dan kandungan karbohidrat yang rendah. Selain menghilangkan rasa lapar, ia juga mampu mengelakkan insomnia ataupun kesukaran tidur pada waktu malam. Untuk proses antioksidan dan rasa yang lebih sedap, tambahkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi ataupun blueberri.

4. Buah-buahan segar




Buah-buahan segar elok dijadikan makanan ringan ketika lapar pada waktu malam, boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus. Selain menghilangkan rasa lapar, ia juga sebagai antioksidan dan melancarkan sistem penghadaman ketika tidur.

5. Bertih jagung





Bertih jagung ataupun popcorn merupakan karbohidrat kompleks yang mudah hadam. Seeloknya makan popcorn tanpa kandungan mentega ataupun garam yang tinggi supaya nilai kalorinya rendah dan sesuai dimakan ketika larut malam.

6. Roti gandum




Roti gandum kaya dengan Vitamin B kompleks, serat, Vitamin E, zat besi, zink, asam folat dan antioksida. Malah, kandungan karbohidrat kompleks di dalamnya boleh membuat kita berasa kenyang lebih lama. Makan sepotong sandwich yang diperbuat daripada roti gandum bersama daging tanpa lemak serta sedikit salad  cukup untuk membuat kita tidur dengan lebih lena.

Rujukan gambar:
?w=300&h=199

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQoA_-LgFlIhQbpTkO_wzVDO4P-2MeBviBQCvIeIqYzb7Se4HsvzA



trymasak.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.206473 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list