CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5802|Reply: 1

Restoran Eye’s Steak, Steak Murah di Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 12-8-2015 10:20 AM | Show all posts |Read mode

Beberapa minggu ni asyik review nasi lemak je, kali ni kita tukar selera makan western pula. Eye’s Steak, restoran western yang baru sahaja dibuka di Bazaria Pantai Dalam pada 1 Mac 2015.
Menurut pemilik Restoran Eye’s Steak, Puan Nisa dan suaminya Ayie, pengalaman memasak steak di luar negara (United Kingdom) membuatkan Puan Nisa ingin merialisasikan impiannya membuka restoran Eye’s Steak dan menjenamakan setaraf dengan Tony Romas dan lain lain.
Semasa kami tiba di Restoran Eye’s Steak, memang dapat dilihat restoran yang masih baru dibuka dengan banner yang besar dan masih dalam proses penjenamaan. Tak susah nak cari, sebab sederet dengan Kedai Makan Sup Herba.
Oleh kerana Puan Nisa ingin menjenamakan Steak, kami mencuba beberapa menu iaitu Ribs Eye, Mix Grill dan Beef Steak. Memandangkan restoran ini masih baru, beberapa makanan belum ada walaupun sudah tertera di dalam menu.
Eye’s Steak Bazaria – Rasa Restoran Harga Kedai
Sementara menunggu makanan sampai, kami order Chicken Boxing yang berharga RM5.00. Makan sambil borak-borak. Rasa dia ok, cuma agak keras sedikit mungkin sebab digoreng terlalu lama.
Selepas 30 minit membuat pesanan, makanan kami sampai. First impression, mungkin presentation yang kurang menarik dan hanya ada coeslow dan kentang goreng. Tapi kena makan dulu. Don’t judge a book by its cover!
Ribs Eye – RM 16.00

Mixed Grilled (Chicken & Beef) – RM 13.50

Lamb Chop – RM 11.50

Perkara pertama yang kami boleh cakap, harga steak dekat sini jauh lebih murah berbanding restoran lain. Memang sesuai untuk mereka yang nak makan steak tapi tak mampu bila lihat harga di restoran lain.
Bila cakap pasal steak, orang akan tengok pada kelembutan steak tersebut. Apa yang buat saya puas hati adalah steak mereka yang lembut, tak liat dan senang nak kunyah.
Sos black paper yang digunakan juga sedap tapi lebih sedap jika ditambahkan lagi black paper. Saya suka sos cendawan. Kalau ada yang tak makan pedas, tukar dengan sos cendawan. Memang sedap!
Portion yang diberikan untuk lamb chop dan mixed grilled agak besar. Terutamanya mixed grilled.
Sedikit cadangan dari kami, lagi best kalau ada botol sos cili dan mayonis di atas meja dan presentation lebih sikit sebagai contoh ada roti!.
Parking agak susah sedikit, sebab kawasan perumahan yang penuh dengan pelajar Universiti Malaya.
KesimpulanJika dilihat di Facebook Eye’s Steak, harga spaghetti hanya sekitar RM5-7! Memang murah. Sesuai la dengan tagline “Rasa Restoran, Harga Kedai”.
Bagi anda yang nak ke mencuba steak murah dan sedap di Kuala Lumpur, boleh ke Restoran Eye’s Steak di alamat berikut:
Restoran Eye’s Steak
Bazaria Pantai, Pantai Dalam
Waktu operasi : 6 pm – 12 am
Kordinate : 3°06’24.5″N 101°40’10.7″E
Facebook : Eye’s Steak on the Alley



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2015 10:55 AM | Show all posts
Murahnye..
Tapi mesti tak sedap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.053539 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list