CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4411|Reply: 1

Laksa Ikan Sekoq Langkawi Popular di Utara

[Copy link]
Post time 12-8-2015 10:29 AM | Show all posts |Read mode

Jika bercuti ke utara, selain nasi kandar, laksa juga menjadi salah satu juadah popular yang sering dicari. Gerai “Laksa Ikan Sekoq” merupakan salah satu gerai laksa yang sering menjadi tumpuan. Memang sangat terkenal di sebelah utara terutamanya Langkawi dan Alor Star.
Kami sempat singgah di salah satu gerai laksa ini di Langkawi sewaktu bercuti semasa cuti sekolah baru-baru ini.
Gerai Laksa Ikan Sekoq terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Langkawi, menghadap pantai. Banyak gerai yang ada, pilih saja mana satu yang anda mahu.
Kedai Laksa Ikan Sekoq Langkawi yang kami singgah makan. Foto kredit mynamseisztee.blogspot.com

Banyak makanan yang ada dijual di sini, antaranya rojak, pasembur, bihun sup, nasi ayam, cendol pulut, char kuey teow dan juga laksa. Semestinya kali ini kami order laksa dan pasembor.
Tapi selepas lama menunggu hanya pasembur yang sampai. Laksa tak kunjung tiba sehinggakan ada sedikit pertengkaran apabila kami meminta pekerja menghantar laksa ikan sekoq. Mungkin terlupa atau terlampau banyak order sampai ter‘miss’ order dari kami. ermm.. Tapi bila nak hantar, main campak pula. Tak ape la, kami anggap pekerja datang bulan kot!
“Laksa Ikan Sekoq” sedap, kuah pekatMemang tak dapat dinafikan laksa ikan sekoq memang sedap. Kalau tengok gambar boleh nampak kuahnya yang pekat dengan isian ikan serta seekor ikan kembung rebus seekor diletak bersama. Ditambah lagi dengan telur rebus. Memang lengkap!
Harga untuk sepinggan laksa ikan sekoq hanya RM3.50.
Pasembur disini memang harus dipuji. Sedap! Harga pasembur ikut apa yang kita ambil.
Laksa paling sedap menggunakan ikan kembung rebus

Pasembur di Kedai Laksa Ikan Sekoq Langkawi Popular

Bagi peminat laksa utara, memang wajib mencuba laksa ikan sekoq ni. Oh ya, di Alor Star juga ada sebuah gerai menjual laksa sebegini. Gerai tersebut pernah mendapat liputan di Harian Metro. Tapi kalau nak makan laksa di Langkawi, boleh cuba ke alamat ini:
Laksa Ikan Sekoq Langkawi
Jalan Airport, Pulau Langkawi

Kordinat : 6.342406, 99.731655



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2015 11:16 AM | Show all posts
Aku penah singgah makan kat gerai Laksa Ikan Sekoq kat Langkawi ni. Memang sedap kuah dia. Makan skali dengan pasembor. Fuhhh terangkat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.034444 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list