CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24360|Reply: 6

Resepi buat tepung goreng pisang paling rangup.

[Copy link]
Post time 14-8-2015 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Goreng pisang memang cukup laris dan popular. Sehingga ada pepatah  mengatakan “laku macam pisang goreng panas”. Ia memang disukai ramai.  Apa kata, anda pula membuatnya sendiri di rumah. Boleh juga dijadikan  juadah berbuka puasa atau hidangan minum petang. Percayalah, anda boleh  membuat goreng pisang yang rangup seperti di kedai.

Disini saya ingin berkongsi pengalaman membuat resepi tepung untuk  goreng pisang semasa bekerja di hotel dulu. Jangan tak percaya, hotel  pun ada pisang goreng. Ia di goreng secara live di stall yang terletak  berhampiran dengan buffer. Tanpa membuang masa, jom kita belajar cara  membuat tepung pisang goreng yang rangup. Resepi ini berlainan kerana  kita akan menggunakan baking powder bukannya air kapur. Namun ia cukup  menghasilkan resepi tepung goreng pisang yang rangup.
.
.


Bahan-Bahan Resepi Tepung Pisang Goreng.

.
Bahan-Bahannya
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (optional)
1 Biji Telur & Air secukupnya
2 sudu besar marjerin yang dicairkan
Garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil atau lebih)
Biasanya di rumah, saya tidak pernah menyukatnya. Agak-agak je masukkan. Yang penting bahan-bahannya ada dan batternya pekat. Batter ialah adunan cecair tepung goreng pisang.


Langkah-Langkah Cara Membuat Tepung Goreng Pisang.

Langkah 1: Cairkan marjerin di dalam periuk dengan  api yang kecil. Setelah marjerin cair letakkan periuk di tepi agar ia  sejuk sendiri. Semasa mencairkan marjerin, pastikan anda menjaganya. Ia  cair sekejap sahaja.
.
.


Langkah 2: Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali  marjerin cair dan air. Bahan-bahan tersebut ialah tepung beras, tepung  gandum, telur, santan pekat, baking powder, serbuk kunyit dan garam.  Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan tangan.
Lebih mudah dan lebih baik hasilnya dengan mengaul menggunakan  tangan. Sebab utamanya ada bahan baking powder di dalamnya. Ramas dengan  tangan sehingga semuanya sebati dan pekat. Jika cair, tambahkan lagi  tepung beras atau tepung gandum. Batter perlu pekat ya. Lebih kurang  sama pekatnya dengan santan kotak yang pekat tu. Batter atau bancuhan  tepung mesti benar-benar pekat ya.
.
.


Langkah 3: Setelah batter benar-benar pekat, masukkan  marjerin cair. Pastikan marjerin tidak lagi panas. Dan kacau menggunakan  tangan sehingga sebati. Saya buat agak kuning sedikit sebab akan  dicelup dengan roti. Mudah bukan, cara membuat tepung atau batter goreng  pisang.
.                               Celup dan Goreng. Memang Rangup




Seterusnya celup pisang kepok atau pisang tanduk dengan batter  tersebut dan goreng dengan minyak yang panas. Anda juga boleh  menggunakan batter ini untuk resepi cendawan goreng, resepi cempedak  goreng, resepi tempe goreng, resepi keledek goreng dan sebagainya.  Resepi ini memang rangup. Caranya sama sahaja, celup dan goreng dengan  minyak yang panas.
.

JOM PELBAGAIKAN HIDANGANNYA.
Ape la, asyik goreng pisang je. Tak jemu-jemu ke. Apa kata kita  pelbagaikan hidangannya dengan karipap peanut butter goreng pisang.  he.he.he pernah dengar? Simple je. Kita akan pelbagaikan batter ini  dengan resepi karipap peanut butter dan resepi sosej gulung. Caranya  amat mudah dan simple. Kita hanya menggunakan roti sandwich dan batter  untuk membuat resepi karipap peanut butter dan resepi sosej gulung. Jom  kita mula membuatnya.
.
.


Langkah 1: Kita buat terlebih darhulu resepi karipap  peanut buat. Bukan resepi karipap pusing ya. Caranya, masukkan peanut  butter ke dalam roti sandwich dan tutup roti sandwich tersebut. Anda  juga boleh menggunakan kaya, kari kentang atau sambal ikan bilis.
.
.


Langkah 2: Dengan menggunakan pencetak karipap, tutup  dan tekan roti sandwich yang berisi peanut butter tersebut. Kemudian  buang bahagian tepi roti sandwich. Jika tiada pencetak karipap, anda  boleh buat tiga segi dan tekan bahagian tepi sandwich dengan benda  keras. Ok siap.
.
.

Langkah 3: Sekarang kita buat resepi sosej gulung.  Ambil sebiji sosej yang telah di potong dua. Kemudian digulung di dalam  roti. Dan seterusnya roti tersebut ditekan. Jangan risau, kerana rotinya  akan kembang semula apabila digoreng nanti.
.
.

Langkah 4:  Roti karipap peanut butter dan roti sosej  gulung tersebut perlu dicelup ke dalam batter sebelum digoreng di dalam  minyak panas. Celup satu-satu kerana roti tersebut mudah terbuka. Goreng  sehingga betul-betul masak dan keras.
.
.

Inilah hasilnya, memang ranggup. Kalau dihidangkan, cepat je habis.  Tak caya cubalah buat. he.he.he. Sebenarnya anda boleh mempelbagaikan  lagi hidangannya mengikut ilmu masakan anda. Memang seronok menghasilkan  sesuatu yang baru hasil daya kreativiti kita.
Namun pastikan anda menggunakan tepung beras dan santan kerana ia  menjadikan tepung goreng pisang lebih rangup. Manakala marjerin cair  menjadikan tepung goreng pisang rangup tahan lebih lama. Baking powder  pula menjadikan batter kembang sedikit apabila digoreng. Seterusnya  menjadikan tepung goreng pisang beronga dan lebih ranggup.
Semoga resepi ini menceriakan lagi juadah berbuka puasa atau hidangan minum petang anda. Selamat mencuba


hairul

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2015 03:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 03:29 PM | Show all posts
tq sharing...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 10:18 PM | Show all posts
wahhhhh.........nampak sedap la........boleh cuba ni........
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 04:46 PM | Show all posts
tq for sharing. tengok bahan-bahan pun dah rasa sedap

ada ubi keledek 3 ketul, esok nak goreng. hari ni malas masuk dapur.
merdeka katanyaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2015 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih utk perkongsian ini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.284020 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list