CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7725|Reply: 3

Resipi Kuih Seri Muka Paling Mudah dan Sedap

[Copy link]
Post time 17-8-2015 09:57 AM | Show all posts |Read mode


Saya memang minat kuih seri muka ini. So timbullah idea membuat  panduan resepi kuih seri muka.  “Mak, macam mana nak buat kueh seri muka  nie”. Nasib baiklah emak masih ada dan sudi memberi tunjuk ajar. Terus  terang saya belum pernah membuatnya sebelum ini. Sebab di hotel dulu  kuih muih di order dari pihak luar. Yelah kalau buat sendiri memang tak  laratlah. Dengan bermacam-macam desert, bun dan kek yang nak disiapkan.

Menurut emak saya, arwah ayah yang selalu buat untuk jualan di pasar  malam. Alhamdulillah first trial saya buat, berjaya. Senang je rupanya.  he.he.he.. Langkah-langkahnya pun simple sahaja. Ok jom kita belajar  membuatnya. Tapi resepi ini telah saya ubah suai supaya mudah, sedap dan  senang disiapkan. Semua nak senang kan.



  Inilah di antara bahan-bahan yang akan digunakan dalam membuat resepi  kuih seri muka. Beras pulut, santan, tepung gandum, tepung ubi, gula  dan telur. Semuanya mudah dibeli di hypermarket. Dalam tutorial ini saya  akan menggunakan santan kotak. Tapi kalau nak lebih sedap, gunakanlah  santan fresh yang diperah.

Bahan-Bahan dan Cara Membuat Lapisan Bawah (Pulut)


Bahan-bahan Lapisan Bawah (pulut)
500gm Beras Pulut
300gm Air
150gm santan pekat
1 sudu besar garam (garam memang guna satu sudu besar ya)
4 sudu besar minyak

Langkah 1: Basuh beras pulut terlebih dahulu.  Kemudian campur semua bahan-bahan lapisan bawah ke dalam loyang dan  kacau hingga sama rata dengan sudu. Seterusnya masuk ke dalam periuk  pengukus dan kukus selama 30 minit. Gunakan api yang sederhana. Biasanya  untuk penutup pengukus, kita balut dengan kain untuk mengelakkan air  menitis ke dalam loyang.
.


Bahan-Bahan dan Cara Membuat Lapisan Atas Bahan-Bahan Lapisan Atas
150gm Tepung Gandum
4 Sudu Besar Tepung Ubi
4 Biji Telur
180gm Gula Pasir
450gm Santan Pekat
350gm Air Paip
2 cubit garam
Pewarna Hijau

Langkah 2: Sementara menunggu lapisan bawah (pulut)  masak. Campur kesemua bahan-bahan lapisan atas ke dalam bekas dan pukul  sehingga gula hancur sahaja. Boleh guna mixer atau whisk atau senduk  sahaja. Yang penting kacau hingga sebati dan gula hancur. Untuk pewarna,  anda boleh letak seberapa banyak yang anda mahukan. Letak sikit-sikit  pewarnanya sehingga warnanya menarik. Nak lagi bagus guna pes pandan.
.

Langkah 3:  Apabila lapisan bawah (pulut) masak  dalam lebih kurang 30 minit. Keluarkan loyang dan tekan pulut dengan  belakang sudu atau senduk sehingga ia mampat dan padat. Kena betul-betul  padat ya. Kalau lapisan bawah pulutnya kurang masak pun tidak mengapa  kerana akan dikukus lagi.
.

Langkah 4:  Tuang adunan lapisan atas ke dalam loyang yang berisi pulut yang telah dipadatkan. Kemudian kukus sekali lagi dalam masa 1 jam.
.

Langkah 5: Selepas 1 jam masak, bolehlah  dikeluarkan. Ok gambar disebelah kiri tu, kuih seri muka yang baru  masak. Ia kelihatan seperti lembik dan berair sedikit. Jangan risau  kerana selepas dibiarkan sejuk, ia akan keras seperti gambar di sebelah  kanan tu. Ada sedikit gelembung pada permukaan kueh seri muka kerana  pulut kurang dipadatkan atau dimampatkan. So udara di dalam pulut akan  naik ke atas.

Inilah kuih seri muka yang siap untuk dihidangkan. Mudah bukan cara  membuat resepi kuih seri muka ini. Kalau nak lebih sedap gunakanlah  santan fresh. Nak senang macam saya, gunakan santan kotak, sedap juga  sebenarnya. Selamat mencuba.

hairul

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2015 11:41 AM | Show all posts
nampak senang.tggu ada kelapangan baru cuba.
tq for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2015 12:06 PM | Show all posts
nampak sedap...

lapar..  
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 12:49 PM | Show all posts
best nya....baru tengok blog hairul ni...

bagus betul...ajar step by step...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.111763 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list