CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1735|Reply: 0

30 Fakta Menarik Tentang Buah-Buahan

[Copy link]
Post time 18-8-2015 04:08 PM | Show all posts |Read mode





  • Kajian tentang pertumbuhan epal dipanggil pomology
  • Orang yang ada alahan tehadap getah (latex) mungkin juga akan alah dengan buah kiwi
  • Buah lemon diberikan pada tentera British untuk mengelakkan penyakit scurvy (kekurangan vitamin c)
  • Terdapat lebih 400 jenis buah kiwi di China
  • Strawberry tergolong dalam keluarga bunga ros
  • Jika anda memanaskan buah lemon sebelum memerahnya, ia akan menghasilkan lebih banyak jus
  • Terdapat lebih 20 billion kelapa yang dihasilkan setiap tahun
  • 1/3 daripada buah nenas yang terdapat di dunia dihasilkan di Hawaii
  • California menghasilkan 1 billion pound strawberry setiap tahun
  • Buah plum Jepun sebenarnya berasal dari negara China
  • Sebatang pokok epal mampu berbuah sehingga 100 tahun
  • Terdapat lebih 1200 jenis tembikai yang tumbuh seluruh dunia dalam 96 negara
  • Orang biasa secara puratanya makan lebih kurang 65 biji epal setahun
  • Buah pear akan menghasilkan titik hitam jika disimpan dalam persekitaran yang kurang oksigen
  • Pokok lemon yang matang mampu menghasilkan diantara 1000 hingga 2000 buah setahun
  • Buah plum tumbuh dalam semua benua di dunia kecuali Antartika
  • Bahagian dalam kulit pisang boleh digunakan untuk mengilatkan kasut kulit
  • Limau nipis bebas daripada kandungan lemak, lemak tepu, natrium dan kolestrol
  • Kebanyakkan vitamin C yang ada pada buah pear terdapat pada kulit buah tersebut
  • Mangga mempunyai kandungan vitamin C yang sama banyak dengan buah oren
  • Anda boleh menggosok bahagian dalam kulit pisang pada kulit untuk merawat gatal-gatal akibat gigitan nyamuk
  • Lebih banyak mangga dimakan setiap hari seluruh dunia berbanding buah lain
  • Terdapat lebih kurang 10,000 jenis buah epal yang tumbuh di seluruh dunia
  • Lemon mempunyai lebih banyak kandungan gula berbanding strawberry
  • Tambahkan setengah cawan jus lemon pada cucian anda untuk mendapat cucian yang lebih putih berseri
  • Pisang mempunyai kandungan vitamin B-Complex yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf
  • Buah pear mampu kekal hidup pada suhu serendah -40 darjah celcius
  • Jika anda menanam sebiji benih buah oren, anda mungkin akan mendapat lebih daripada sebatang pokok
  • Mangga tergolong dalam keluarga yang sama dengan poison ivy
  • 25% daripada kandungan buah epal adalah udara. Sebab itu ia terapung di atas permukaan air
game fruit ninja/cisdel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.262200 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list