View: 3377|Reply: 3
|
Selera Selatan, Kacang Pool
[Copy link]
|
|
Kacang pool popular di selatan tanah air terutamanya negeri Johor Darul Takzim dan juga Singapura. Tetapi selera kacang pool sebenarnya dibawa masuk daripada Tanah Arab dan menjadi hidangan bagi penduduk setempat. Rupa-rupanya resipi kacang pool ini amat mudah dan mengenyangkan.
Bahan-bahan: 400 gm daging kisar
4 camca rempah kari daging
4 camca minyak sapi
2 tin kacang pool - dikisar halus
1 labu bawang besar ] dipotong dadu
3 ulas bawang putih ]
1 biji tomato
Air secukupnya
Sedikit garam
Bahan sampingan: Roti secukupnya - disapu mentega & dibakar
8 - 10 butir telur - digoreng
7 - 8 biji limau kasturi
2 tangkai cili merah ]dihiris
2 tangkai cili hijau ]
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
Cara-cara membuat:
Langkah 1A & 1B:
Panaskan minyak sapi, masukkan bawang besar dan bawang putih. Biarkan sehingga kekuningan.
Langkah 2:
Tambahkan daging kisar dan biarkan sehingga daging empuk.
Langkah 3:
Masukkan rempah kari ke dalam kuali dan gaul rata. Biarkan seketika dan kacau perlahan-lahan sehingga rempah naik minyak.
Langkah 4A & 4B:
Masukkan kacang pool yang dikisar dan perasakan dengan garam secukupnya. Tambahkan air jika kuah terlalu pekat. Siap dan boleh dihidangkan bersama roti dan telur.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
|
kacang pool ni juadah masa hari malas saya, memang mudah, 30 mins siap |
|
|
|
|
|
|
|
Yummy |
|
|
|
|
|
|
|
aritu 1st time try resepi mat gebu...
ada tambah kacang merah n baked beans...
kalau kacang pool shj pun sedap ye...
ada tak sesapa yg pernah tukar rempah kari dgn rempah kurma...? |
|
|
|
|
|
|
| |
|