|
Generasi hari ini berani mencuba apa sahaja menu baru. Selera mereka tidak terbatas asalkan apa yang dihidangkan itu nampak menyelerakan. Tidak perlu membeli di bakeri atau di kafe, apa kata cuba buat sendiri di rumah. Pasti membuatkan seisi keluarga gembira ketika menikmatinya.
Bahan-Bahan: 150 gram Gula Castor
1 sudu teh Soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
500 gram tepung serbaguna
1 sudu teh esen vanilla
3 butir telur Saiz B
175 ml minyak jagung
125 ml Air
200 gram pes durian
Beberapa biji kacang walnut untuk hiasan
Cara-cara Menyediakan:- Panaskan ketuhar kepada 180° Celcius. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama-sama soda bikarbonat dan serbuk penaik, telur, gula, minyak jagung, esen vanila dan pes durian dalam mangkuk adunan.
- Kacau agar sebati tetapi jangan terlalu lama.
- Sudu kan ke dalam acuan muffin sehingga 3/4 penuh.
- Hiaskan dengan kacang walnut
- Bakar selama 20 minit dan hidangkan.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow menarik. Tapi cer beli buku Inspirasi Dapur Dr Ezani Monoto Masterchef. Buku resepi tu pun sangat2 menarik, resepi basic simple & sgt mudah nak follow.. ada dua section, mula main course dan start dari tengah masuk pastri dan last dua tiga jenis air hingga resepi menarik etc.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|