Inginkan makanan yang mudah dan cepat untuk menikmati minum petang anda?
Pastikan anda cuba resipi Banana Nutella Melts ini yang akan cair di dalam mulut anda dengan kemanisan Nutella itu!
Antara bahan-bahannya adalah pisang, Nutella, picagari dan straw seperti di dalam gambar di bawah:
Cara-caranya adalah:
1. Letakkan Nutella di dalam picagari
2. Potong pisang pada separuh
3. Gunakan straw untuk membuat lubang di tengah pisang.
4. Isikan Nutella di ruangan kosong pisang dengan menggunakan picagari itu.
5. Kemudian, penuhkan ruang kosong itu lagi dengan pisang yang telah dipotong kecil.
6. Panaskan kuali dengan minyak.
7. Gorengkan sehingga ia bertukar warna (jangan sampai ia hangus).
8. Hidangkan dengan buah segar, aiskrim ataupun hidangkan begitu sahaja!
Hidangkan bersama aiskrim!Nikmati resipi ringkas ini!
wanista