Kuih Tako amat enak dimakan setelahdisejukkan.
Oleh: Editorial RASA
Tarikh: 4 April 2014
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm sengkuang Cina-dipotong dadu
- 2 sudu makan tepung jagung
- 750 ml santan
- 750 ml air
- 240 gm gula
- Garam secukup rasa
- Daun pandan secukupnya untuk dijadikan bekas kuih tako
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air sehingga mendidih dan kemudian masukkan sengkuang Cina dan gula. Kacau lima minit dan kemudian masukkan satu sudu tepung jagung. Biarkan seketika. Ketepikan.
2. Masukkan santan di dalam periuk lain dan letak sedikit garam. Masak sehingga mendidih dan kemudian masukkan tepung jagung. Biarkan seketika.
3. Sediakan bekas tako yang diperbuat daripada daun padan. Tuangkan adunan 1 sehingga separuh bahagian bekas. Biarkan sehingga keras.
4. Kemudian tuangkan adunan 2 dan biarkan sehingga suhu bilik.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk dan sedia untuk dinikmati.
majalahrasa
|