|
Untuk mempelbagaikan urap ini, tambahkan pucuk ubi, hirisan kacang panjang, atau sayur-sayuran lain yang sesuai dan boleh dicelur atau dimakan mentah seperti kubis.
BAHAN-BAHAN:
100gm kangkung | dipotong setebal 2cm
100gm tauge | dibersihkan
50gm kacang panjang 1 biji kelapa parut putih
50gm ikan bilis
6 biji cili kering
15 biji cili padi
4 biji bawang putih | dikisar halus
2 biji bawang besar
15gm belacan
4 helai daun cekur
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan celur kangkung bersama tauge dan kacang panjang dan cekur. Kemudian tapis lebihan airnya dan asingkan seketika.
2. Sementara itu, tumbuk bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, cili padi dan belacan. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tersebut.
3. Masukkan pula kelapa parut dan gaulkan sehingga ia menjadi sebati dan agak kekuningan.
4.Tambahkan garam secukup rasa. Gaulkan dengan sayursayuran yang telah dicelur terlebih dahulu sebelum dihidangkan.
rasa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|