View: 30470|Reply: 0
|
Kegunaan Minyak Bijan & Sos Ikan
[Copy link]
|
|
Soalan:
Saya ada satu soalan yang mahu ditanyakan pada puan. Saya ingin tahu apakah kegunaan minyak bijan dan sos ikan? Apakah masakan yang sesuai menggunakan minyak bijan dan sos ikan ini? Sesetengah resipi Nasi Goreng Cina menggunakan sos ikan, sesetengahnya tidak. Terima kasih.
Kiriman:
Noriah Ibrahim,
Sungai Buluh, Selangor.
Jawapan:
Minyak bijan banyak digunakan di dalam masakan Tionghua, masakan Korea dan Jepun. Baunya harum pada yang menggemarinya. Jika tidak boleh digantikan dengan minyak masak kegemaran sendiri. Minyak bijan dan biji bijan juga digunakan di dalam pembuatan dimsum dan bebola bijan. Minyak bijan juga tinggi khasiatnya. Pakar herba ada mengatakan minyak bijan mengandungi ciri-ciri anti kanser dan anti bakteria.
Sos ikan atau nam-pla pula adalah sejenis penambah perisa makanan seperti di dalam menu nasi goreng, mi goreng dan tomyam. Diperbuat daripada ikan yang dijerukkan dengan garam dan diambil jusnya sahaja. Lebih besar ikan yang digunakan lebih mahal harga sos ikannya.
Banyak resipi yang boleh ditambahkan dengan minyak bijan dan sos ikan seperti gorengan sayuran, sup-sup, nasi goreng, perapan makanan laut dan sos-sos ikan bakar atau daging bakar.
Dikendalikan
Pakar Masakan Terkenal
Puan Noraini Adnan
rasa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|