View: 3367|Reply: 0
|
Cara Membuat Cucur Udang Rangup
[Copy link]
|
|
Soalan:
Keluarga saya begitu meminati cucur udang rangup dimakan bersama mi rebus ataupun pasembor. Tetapi, bila saya cuba membuatnya, pasti cucur udang saya tidak rangup seperti di restoran mamak. Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan cucur udang supaya menjadi lebih rangup? Harap puan dapat memberikan saya resipinya.
Kiriman:
Nor Safiena Abd Aziz,
Alor Star, Kedah.
Jawapan:
Ada dua cara untuk membuat cucur udang yang puan maksudkan. Pertama, puan boleh membuat adunan yang kental dan bentukkan bujur dan goreng garing. Kedua, puan boleh membuat adunan seperti jemputjemput bawang dan goreng sedikit hingga garing. Selepas itu potong nipis dan tabur ke atas mi rebus atau rojak sebelum disiram dengan kuah atau sos. Di sini saya berikan resipi asas dan puan boleh tambah ikan bilis, udang, cili hijau, bawang hiris atau kucai.
Dikendalikan oleh:
Pakar Masakan Terkenal
Puan Noraini Adnan
RASA
|
|
|
|
|
|
|
| |
|