View: 3131|Reply: 1
|
6 Jenis Talam Curi Hati Orang Lama
[Copy link]
|
|
Talam bukan sebarang talam, ini rahsia air tangan dulu-dulu. Nampak macam guna banyak bahan tetapi sebenarnya nak buat cukup senang. Ini kalau menjadi, bukan hanya curi selera pasangan dan anak-anak tetapi ibu ayah mentua boleh 'terpancing' sama. Jom, pilih resepi yang berkenan...
1. SERI MUKA DURIAN
Bahan lapisan bawah:
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 sudu kecil garam halus
Cara membuat:
- Rendam pulut sekurang-kurangnya empat jam.
- Basuh bersih dan tos.
- Kukus dengan bahan-bahan di atas selama ½ jam.
- Apabila pulut masak gaul hingga sebati.
- Tekan dalam loyang dan disapu dengan sedikit minyak.
- Letak lapis atas dan kukus 30 minit.
Bahan lapisan atas A:
300 gm gula kastor atau 250 gm gula pasir
100 tepung kastard
400 ml santan pekat
400 ml air
200 gm isi durian-dikisar dengan 400 gm air di atas
Bahan lapisan atas B:
3-5 biji telur-dipukul rata
½ sudu kecil garam halus
Pewarna kuning secukupnya
Cara membuat:
- Satukan bahan A dan kacau rata.
- Masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati.
- Tapis ke dalam periuk hingga sebati.
- Kacau hingga naik wap.
- Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
- Gunakan loyang bersaiz 10x10 inci.
2. TALAM KELADI
Bahan lapisan bawah A:
220 gm tepung beras
40 gm tepung ubi
1 1/2 sudu kecil garam
5 sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air
Bahan lapisan bawah B:
250 gm keladi - buang kulit dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam kemudian potong kiub dan kukus selama lima minit (kukus dahulu baru timbang)
Cara membuat:
- Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati.
- Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B.
- Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang bersaiz 10 inci x 10inci x 3inci
- Kukus selama 25 minit.
Bahan lapisan atas:
150-180 gm tepung gandum
250 gm gula halus
3-5 biji telur
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna ungu
Cara membuat:
- Bancuh semua bahan di atas dan tapis ke dalam periuk.
- Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah.
- Kukus selama 30 minit(lap lima minit sekali).
3. TALAM CENDOL
Bahan lapisan bawah A:
200 gm tepung beras*
250 ml santan pekat*
450 ml air*
1 s/b tepung jagung*
150 gm gula kastor
1 sudu kecil garam
Bahan lapisan bawah B:
200 gm cendol atau 1 paket kecil - tapis dan ambil cendol sahaja
Cara membuat:
- Satukan bahan-bahan bertanda (*) dan tapis ke dalam periuk.
- Masak bahan A sehingga naik wap (jangan sampai pekat sangat dan sekejap sahaja atas api. Guna senduk kayu untuk mengacau.
- Kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).
- Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata.
- Masukkan ke dalam loyang bersaiz 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik.
- Kukus selama 25 minit.
- Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu.
Bahan lapisan atas A:
300 gm gula merah
50 gm gula kastor
500 ml air
Bahan lapisan atas B:
150 gm tepung gandum
3 biji telur
250 ml santan pekat
1/2 sudu kecil garam
Cara membuat:
- Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar.
- Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan bahan-bahan A ke dalam B dan tapis dan masukkan ke dalam periuk.
- Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja).
- Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
4. TALAM BERLAUK
Bahan-bahan (loyang 10inci):
2 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
4 cawan santan
1 sudu kecil garam
2 biji telur
Cara membuat:
- Kacau semua bahan dan tapis.
- Sapukan sedikit minyak dalam loyang.
- Panaskan kukusan.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
- Sejukkan dan taburkan inti, daun sup dan daun bawang.
- Potong dan hidangkan.
Bahan inti dan hiasan:
200 gm daging/ayam kisar
2 biji kentang (potong dadu kecil)
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawang putih
1 paket rempah kari ayam/daging-
2 biji cili merah (buangkan bijinya dan cincang)
1/2 batang lobak merah disagat
Daun sup dan daun bawang (racik kecil)
2 sudu besar minyak
Garam dan sedikit gula
Cara membuat:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih.
- Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi.
- Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
- Biarkan sehingga semuanya masak empuk.
- Sejukkan dan taburkan di atas adunan yang dikukus.
- Sekiranya terdapat minyak, tos sedikit inti supaya cantik bila ditaburkan di atas permukaan kuih tadi.
5. TALAM SEKOTENG
Bahan lapisan bawah:
50 gm sekoteng-rebus dan tos
150 gm tepung beras*
250 ml santan pekat*
450 ml air*
1 sudu besar tepung Hoen Kwee (putih)*
150 gm gula kastor*
1 sudu kecil garam*
Cara membuat:
- Bancuh semua bahan yang bertanda (*). Tapis dan masak hingga naik wap, tutup api.
- Masukkan sekoteng dan kacau rata.
- Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.
- Loyang hendaklah dialas plastik terlebih dahulu dan lenserkan minyak di kelilingnya, barulah tuang adunan dan kukus.
Bahan lapisan atas:
150 gm tepung gandum
300 gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan pekat
500 ml air
1/2 sudu kecil garam
1 ½ sudu kecil perisa ros
Pewarna merah jambu
Cara membuat:
- Bancuh semua bahan kemudian tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
- Tuangkan ke atas lapisan bawah.
- Kukus selama 30 minit.
- Setelah siap, angkat dan biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong dengan menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.
- Gunakan loyang bersaiz 10x10x2 atau 3.
6. TALAM PERMATA KELEDEK
Bahan lapisan bawah:
2 cawan keledek oren - telah di dadu (rebus & tos)
1 1/2 cawan tepung beras*
1 cawan santan pekat*
2 cawan air*
2 sudu besar tepung Hoen Kwee (putih)*
1 cawan gula halus*
Sedikit garam*
Cara membuat:
- Bancuh semua bahan bertanda (*) tapis dan masak hingga naik wap - tutup api.
- Masukkan keledek rebus dan kacau rata. Biarkan sebentar.
Bahan lapisan atas:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
2 biji telur
1 cawan santan pekat
2 cawan air
Secubit garam
Pewarna oren
Cara membuat:
* Bancuh semua bahan, tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
.
Cara melapis kuih:
- Sapukan sekeliling loyang dengan sedikit minyak masak dan alaskan plastik.
- Panaskan pengukus kuih. Tuangkan adunan untuk lapis bawah.
- Kukus selama 25 minit guna api sederhana.
- Cakar- cakar permukaan lapis bawah dan tuangkan adunan atas, kukus hingga masak.
- Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan lima minit dengan api yang belum ditutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
- Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong dengan menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.
MINGGUANWANITA
|
|
|
|
|
|
|
|
aku teringat bazar ramadn tgk kuih talam |
|
|
|
|
|
|
| |
|