CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1921|Reply: 0

Mesti Cuba! Snek Malam Sedap & Berkhasiat dari Mission 6-Grain Wrap

[Copy link]
Post time 11-9-2015 12:09 PM | Show all posts |Read mode

Bagi mereka yang inginkan makanan lebih bersih tanpa menjejaskan rasa, penantian anda berakhir kerana Mission Foods Malaysia kini melancarkan wrap yang lebih sihat iaitu Mission 6-Grain Wrap.
Tekstur yang lebih grainier dan nuttier datang daripada gabungan makanan super seperti sunflower seeds, pumpkin seeds, oats, rye, linseeds dan wholemeal brans.
Bahan kandungan dalam 6-Grain Wrap adalah sumber yang untuk serat, antioksidan, vitamin B dan mineral, yang menyumbang kepada kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan. Gentian sangat berkesan dalam meningkatkan imuniti, mengurangkan kolesterol dan risiko penyakit jantung.
Malah, Mission 6-Grain Wrap  adalah balutan pilihan bagi mereka yang mencari alternatif yang lebih sihat menggantikan roti putih biasa atau beras, untuk sarapan pagi ataupun snek malam.
Di Malaysia, Mission Foods telah bekerjasama dengan healthy-eating advocate Marissa Parry, the Health and Wellness Director of PurelyB. Marissa telah berkongsi pandangan mengenakan pemakanan dan peranan yang dimainkan dalam merubahkan tabiat harian.
Ini antara resepi snek makan sedap dan penuh khasiat boleh anda cuba di rumah.
Yogurt & Nuts Granola Parfait with Berries & Compote with Mission 6-Grain Crostini
Bahan-bahan untuk parfait :
  • 3 cawan plain yogurt
  • 1 cawan jus segar atau strawberi beku dicairkan
  • 1 pint blackberi, raspberi ataupun blueberi – jus
  • 1 cawan granola
  • Berrie compote ataupun jam
Mission 6-Grain Wrap Crostini :
  • Mission 6-Grain Wrap
  • Mentega cair seperti yang diperlukan
Cara membuatnya :
  • Panaskan ketuhar pada 200C. Sapukan mentega di Mission 6-Grain Wrap.
  • Potong menjadi jalur atau cip saiz besar. Bakar dalam ketuhar selama 3 hingga 5 minit ataupun higga keemasan dan garing.
  • Lapiskan 1/3 cawan yogurt ke dalam bekas kaca.
  • Campurkan strawberi cair bersama jus berrie.
  • Lapiskan dengan berrie compote dan granola dengan yogurt sehingga penuh.
  • Hiaskan kepingan Mission 6-Grain Wrap.
  • Snek lazat sedia dimakan.
Power Brekkie – Smoked Salmon, Egg, Avocado & Micro Sprouts in Mission 6-Grain Wrap
Untuk 8 orang makan
Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 16 keping salmon salai
  • 4 biji telur rebus, disejukkan, dibuang kulit dan dihiris
  • 2 biji avokado masak
  • 8 Mission 6-Grain Wrap
  • Bijirin mikro
  • 16 helai daun salad
  • Honey mustard
Cara menyediaanya :
  • Di setiap Mission 6-Grain Wrap, lapiskan salad, 2 keping salmon salai setiap satu wrap, hirisan telur dan avokado.
  • Tambahkan honey mustard sos atau ikut suka jenis sos pilihan anda.
  • Gulung ketat.
Banana Wrap
Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 ulas pisang
  • 1 – 2 sudu teh mentega kacang
  • 1 sudu besar kelapa parut segar
  • Mission 6-Grain Wrap
Cara membuatnya :
  • Sapukan mentega kacang di Mission 6-Grain Wrap
  • Letakkan pisang dan taburkan kepala parut
  • Potong wrap.








wanista




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.429940 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list