Bila lelaki di dapur, seronok tengok cara mereka memasak. Macam senang saja. Kali ini, nak kongsikan dengan anda resepi Keju Mozarela Goreng Ala Nik Michael, salah seorang chef selebriti di Malaysia.
Bahan-bahan
Keju mozarella 250 g
Serbuk roti Jepun 200 g
Daun pastri 100 g
Telur 3 biji
Tepung gandum 200 g
Garam laut secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Minyak Zaitun 500 ml
Cara-caranya untuk menyediakan
Bahan A
1) Hiris atau cincang daun pastri dan masukkan ke dalam mangkuk bersama serbuk roti.
2) Campurkan dengan lada hitam dan garam laut. Kacau kesemua bahan sehingga sebati.
3) Potong keju mozarela. Hiris dalam 100 cm.
Bahan B
1) Pukul atau kacau telur
Bahan C
1) Sediakan mangkuk yang diisi tepung gandum
2) Mangkuk yang diisi telur tadi
3) Mangkuk yang berisi Bahan A (serbuk roti, daun pastri, lada hitam, garam)
Proses untuk menyalut
Ambil keju mozerela tadi untuk dicelup ke dalam tepung gandum, kemudian celup ke dalam telur seterusnya ke dalam bahan serbuk roti.
Panaskan minyak. Gorengkan bahan yang telah siap disalut sehingga nampak kekuningan sedikit dalam masa 4 hingga 5 saat sahaja.
Setelah sipa digoreng, keju Mozarela Goreng Ala Nik Michael siap untuk dihidang.
Mudah sahaja kan? Jom cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. - CARI Infonet