Pastikan api untuk memanggang sederhana sahaja supaya tauhu tidak hangit.
BAHAN-BAHAN
- 5 keping tauhu pok bersaiz besar
- 1/2 batang lobak merah (Disagat)
- 1/2 biji sengkuang (Disagat)
- 1/2 batang mentimun(Disagat)
- 1 tangkai daun ketumbar (Di mayang halus)
- 1 tangkai daun bawang (Di mayang halus)
Bahan Sos:
(kesemua diadun sebati)
- 100ml sos thai
- 1 sudu teh sos ikan
- 50gm kacang tanah
- 1/2 sudu teh udang kering hancur
- 3 sudu makan kicap pekat
CARA MEMASAK:
- Sediakan sebuah besen. Masukkan bahan yang disagat dan di mayang halus. Gaul sebati.
- Nyalakan api dan panggang tauhu. Belah mendatar dan isikan dengan bahan sayur yang telah digaul sebati.
- Susun di atas pinggan dan curahkan sos yang diadun sebati ke atasnya.
- Hidangkan sementara hangat sebagai pembuka selera.
rasa
|