|
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung gandum
- 3 biji telur
- 1 sudu makan mentega tanpa
- garam
- Secubit garam
- Secubit serbuk buah pala
- Air secukupnya
- Pemotong Spaetzle atau bekas berlubang seperti pelecek kentang
CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung gandum, telur, garam, serbuk buah pala dan sedikit air di dalam mangkuk bersesuaian. Kacau menggunakan sudu kayu selama lima minit atau sehingga doh menjadi pekat dan mengeluarkan sedikit buih.
2. Kemudian panaskan air di dalam periuk dan masukkan garam secukup rasa.
3. Letakkan doh di atas bekas berlubang supaya doh jatuh ke dalam air yang sedang mendidih. Biarkan sehingga doh terapung. Angkat dan bilas dengan air bersih. Tos sehingga kering.
4. Akhir sekali, panaskan mentega tanpa garam di dalam periuk dan masukkan spaetzle. Kacau rata dan tos.
5. Sedia dihidangkan.
rasa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|