Ia sejenis manisan Thailand. Boleh disimpan lama tetapihendaklah dimasukkan ke dalam peti sejuk.
BAHAN-BAHAN:
- 200 gm kacang tanah | digoreng dan ditumbuk
- 240 gm gula
- 250 gm tepung gandum
- 50 gm agar-agar
- Pewarna merah secukupnya
- Pewarna hijau secukupnya
- Pewarna kuning secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan gula sehingga menjadi cair. Masukkan kacang tanah dan tepung gandum. Kacau rata sehingga menjadi pekat dan boleh dijadikan doh.
2. Selepas itu bentukkan doh mengikut jenis buah yang anda suka. Doh boleh dibentuk menjadi buah cili, tomato, pisang dan sebagainya.
3. Kemudian warna doh tersebut dengan cermat.
4. Cairkan agar-agar, celupkan doh tersebut di dalam agar-agar ter sebut.
5. Biarkan ianya sejuk dan sedia dihidang.
-rasa-
|