CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1577|Reply: 0

Kelakuan Salah Ketika Di Gim?

[Copy link]
Post time 8-10-2015 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Gambar sekadar hiasan

Anda merasakan kedatangan anda ke gim sudah cukup ‘macho’ tetapi sebenarnya ramai kurang sedar kesilapan yang dilakukan ketika berada di pusat senaman ini. Diharap entri kali ini membantu anda tidak sia-sia menjadi ahli kelab gim.

Membawa Telefon Bimbit
Anda tidak perlu 'bergayut' dengan rakan anda ketika sedang sedang membina otot. Membalas khidmat pesanan ringkas atau ber-selfie bukanlah agenda wajib ketika berkunjung ke gim. Hakikatnya, anda perlu fokus dan bekerja keras mencapai tubuh badan idaman. Jika anda terus membawa telefon bimbit bersama, gangguan yang diterima menyebabkan anda menjadi tidak produktif.

"Warm Up" Terlalu Lama
Menurut Istvan Jarovek, seorang jurulatih sukan terkenal Romania, berpendapat "warm up" atau melakukan pemanasan badan sebelum melakukan senaman adalah mengarut. Ada beberapa kajian mendapati regangan otot yang statik sebelum bersenam bukanlah untuk mengelak kecederaan sebaliknya ia hanya membuang masa. Jika perlu sekali pun, elak mengambil masa lama untuk "warm up".

Tidak Tahu Kelemahan Diri
Ramai antara anda cukup bersedia dan yakin apabila melakukan senaman di gim tanpa mengetahui kelemahan diri. Kebanyakan antara anda mahu mencuba kesemua senaman sedangkan ada sesetengah senaman tidak sesuai sehingga boleh mencederakan anda. Mintalah pendapat tenaga pengajar tentang kemampuan anda dan bukannya mengikut meniru gaya senaman orang lain.

Mengabaikan Kaki
Kebanyakan pengunjung gim terutamanya lelaki hanya mahu melihat otot yang boleh dilihat di depan cermin, sehingga terlupa bahagian anggota seperti kaki. Anda tentunya tidak mahu kaki anda kelihatan kecil dan kurus walaupun badan berotot, bukan? Untuk mendapatkan bentuk badan yang sempurna dan seimbang, pilih senaman yang boleh ‘mencantikkan’ keseluruhan tubuh badan anda.

Jadi Hamba Gim
Ramai berpendapat menghabiskan masa di gim dengan bantuan alatan membolehkan anda mencapai matlamat bertubuh sasa dengan berkesan dan cepat berbanding bersenam sendirian. Hakikatnya, anda tidak perlu mengambil masa yang lama di gim. Cukup sekadar 30-45 minit. Apa yang penting, anda berdisiplin melakukan senaman yang sesuai. Jangan sampai anda berumah di gim!

Menggunakan Alat Senaman Sama
Menggunakan alat senaman yang sama berkemungkinan menyebabkan anda cepat bosan ketika di gim. Anda perlu tukar rutin “work out” anda untuk mendapatkan kesihatan dan bentuk badan yang optimum. Anda semestinya tidak mahu mempunyai otot di lengan saja tetapi lemak di perut!

Jangan kerana anda berbangga menjadi ahli kelab gim tetapi anda telah menyusahkan diri sendiri kerana kesilapan yang dilakukan. Jadilah seorang ahli gim yang bijak di mana berjaya memperoleh tubuh badan sihat dan tegap tanpa gangguan dan cacat cela!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.310060 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list