CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2931|Reply: 0

Bangkitkan Aroma Udang Dengan Butter Prawn

[Copy link]
Post time 12-10-2015 07:06 PM | Show all posts |Read mode
Oleh: Fyruz Hanna




Kecur air liur nampak udang di pasar. Nak-nak udang harimau yang sedar dan gemuk-gemuk. Sememangnya, hidangan anda menjadi lebih nikmat dengan resipi butter prawn.





Tak hairanlah, masakan jenis ini bukan sahaja digemari oleh orang dewasa malah kanak-kanak. Jom cuba resepi dari myajinomoto ini.


Bahan-bahan:
Sarang telur
6 biji Telur kuning
1 sudu teh AJI-NO-MOTO®
½ sudu teh Serbuk lada sulah
250 gm Mentega
200 gm Minyak masak


Memerap udang
24 ekor udang saiz Sederhana besar (dibersihkan)
1¼ sudu teh Garam halus
1 sudu teh/secukupnya Lada sulah
2½ sudu teh AJI-NO-MOTO®


Menggoreng udang
1.5 L Minyak masak
10 biji Bawang merah kecil (dikisar halus)
4 biji Bawang putih (dikisar halus)
1 batang Serai (diracik halus)
10 biji Cili padi (dihiris halus)
6 tangkai Daun kari
Sedikit Mentega (untuk menumis)
½ cawan Susu cair (evaporated milk)
Sedikit Garam dan lada sulah
2½ sudu teh AJI-NO-MOTO® (untuk menggoreng)


Cara Menyediakan:
1. Mula-mula panaskan kuali (sederhana panas), masukkan minyak bersama mentega. Gaulkan pusingan jam secara laju.
2. Pukulkan Kuning telur sehingga sedikit hancur bersama AJI-NO-MOTO® dan serbuk lada sulah.
3. Selepas itu, tuangkan kuning telur ke dalam minyak panas secara meninggi tipis sehingga habis.
4. Minyak dan mentega tadi perlu dikacau terus menerus supaya telur menjadi seperti benang nipis kuning. Tos dan ketepikan.
5. Perapkan udang dengan garam sulah dan AJI-NO-MOTO®.
6. Kemudian, panaskan minyak untuk menggoreng dalam kuali.
7. Goreng udang sebentar dan jangan biarkan mengecut.
8. Angkat dan toskan.
9. Panaskan sedikit mentega, tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari dan serai sehingga garing dan naik aroma.
10. Tuangkan susu cair dan masak hingga mendidih sebentar.
11. Masukkan udang yang telah digoreng tadi bersama garam, lada sulah dan AJI-NO-MOTO®.
12. Gaulkan sos susu dengan udang sehingga rata. Masukkan ke dalam pinggan lebar.
13.Akhir sekali taburkan sarang telur di atas udang. Hidangkan.


sumber: myajinomoto
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.800165 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list