CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2678|Reply: 1

5 Bahagian Badan Yang Bahaya Disentuh Dengan Tangan

[Copy link]
Post time 15-10-2015 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Tangan sememangnya suatu anugerah Allah SWT untuk kita melakukan segala aktiviti menggunakannya. Namun, tanpa disedari, tangan juga mempunyai bakteria dan kuman yang boleh merosakkan sesuatu anggota badan.

Ketahui bagaimana tangan boleh membahayakan pada anggota badan yang lain.

Mata

Jangan sentuh atau menggosok matanya dengan tangan. Hal ini disebabkan oleh  mata sangat mudah terdedah kepada jangkitan. Jika mata tidak selesa, basuh terlebih dahulu tangan anda dan barulah menyentuhnya.

Muka

Menyentuh atau memegang kulit muka dengan tangan yang kotor akan mengakibatkan jerawat dan mengakibatkan kuman merebak. Cuba jangan menyentuh muka selain ingin mencuci muka.




Telinga

Elakkan memasukkan jari ke dalam telinga. Lapisan nipis telinga boleh terkoyak jika anda cuba menjolok atau memasukkan jari ke dalam lubang telinga.

Hidung

Selalu menarik hidung? Berasa tidak selesa dengan hidung? Berhati-hati jika memasukkan jari ke dalam hidung kerana ia boleh membawa bakteria berbahaya. Jadi, jangan korek hidung ya!

Mulut


Suka gigit jari atau masukkan jari ke dalam mulut? Masukkan jari ke dalam mulut adalah berbahaya. Mulut adalah satu kawasan yang mengandungi banyak kuman. Silap nanti, boleh mengakibatkan virus 'sakit mulut'.

Boleh nak sentuh kelima-lima bahagian ini dengan jari atau tangan, namun dinasihatkan agar membasuh terlebih dahulu dengan bersih sebelum dan selepas menyentuhnya. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2016 09:55 AM | Show all posts
mcm nonsense jer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.127723 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list