Mudah dan cepat. Itulah yang boleh dikatakan apabila membuat aneka bakeri kerana bahan asas rotinya adalah sama. Serlahkan kreativiti untuk menghasilkan pelbagai jenis bakeri yang menyelerakan. Tak susah, janji bahan-bahan yang diperlukan lengkap. Ok, jom cuba!
1. Roti Butterscotch
Bahan-bahan:
* ½ bahagian Adunan asas roti
Bahan sos:
50 gm mentega
50 gm gula perang
160 ml krim
Badam hiris untuk tabur
Bijan hitam
Cara membuat:
1. Adun doh menjadi bentuk bulat kecil. Diamkan selama lebih kurang 20 minit hingga kembang.
2. Sapu permukaan roti dengan susu cair. Tabur bijan dan badam.
3. Bakar dalam ketuhar selama 15 minit suhu 180 C atau berwarna kuning kecoklatan.
4. Siap dihidangkan.
Cara membuat sos:
1. Campur mentega, gula perang dan krim. Masak hingga pekat.
2. Tuang sos ke atas roti yang sudah siap dibakar.
3. Sedia dihidangkan.
2. Churros
Bahan-bahan:
1 biji telur
45 gm marjerin
60 gm tepung gandum
100 ml air
Gula kastor
Coklat cair
Serbuk kayu manis
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Didihkan air dan marjerin. Tutup api dan masukkan tepung.
2. Kemudian gaul sampai sebati.
3. Setelah sejuk, masukkan telur dan kacau menggunakan mesin pengadun.
4. Terap adunan bentuk bintang yang dimasukkan dalam beg paiping, kemudian goreng hingga kuning keemasan.
5. Angkat dan tabur dengan gula halus dan serbuk kayu manis.
6. Hidangkan dengan coklat cair.
3. Cream Puff Coklat
Bahan kulit:
2 biji telur
45 gm marjerin
60 gm tepung gandum
100 ml air
Coklat cair untuk hiasan
Bahan filling:
200 ml krim putar
3 sudu makan coklat cair
Cara membuat kulit:
1. Didihkan air dan marjerin. Tutup api dan masukkan tepung.
2. Kemudian gaul sampai sebati.
3. Setelah sejuk, masukkan telur satu persatu dan kacau menggunakan mesin pengadun.
4. Bentuk adunan menggunakan beg paiping ke atas dulang pembakar.
5. Bakar selama 20 minit suhu 200 C.
Cara membuat filling:
1. Putar bahan filling hingga kembang.
2. Masukkan filling ke dalam kulit yang telah sejuk.
3. Hiasi dengan coklat cair.
4. Sedia dihidangkan.
Cara membuat crust:
1. Pukul mentega hingga lembut dan masukkan gula.
2. Kacau rata kemudian masukkan telur dan vanila.
3. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi adunan.
4. Canai adunan setebal 3mm dan letak ke dalam acuan kecil.
5. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 C selama 15 minit dan sejukkan.
Cara membuat filling:
1. Campurkan semua bahan filling dalam mesin pengadun sehingga sebati.
2. Tuang ke dalam crust yang telah sejuk.
3. Bakar lagi suhu 160 C selama 10 minit.
4. Sedia dihidangkan.