|
JOM memeriahkan CARI 2015 K Drama Awards tahun ini!
[Copy link]
|
|
pastu tempt tu jugk mesti boly bt game yg mcm ko plan 2 tahun leps
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-11-2015 02:45 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ismaha replied at 26-11-2015 02:41 PM
pastu tempt tu jugk mesti boly bt game yg mcm ko plan 2 tahun leps
Bulan pose aritu buat jugak kuiz
Team @rukiaichigo yg menang... hebat |
|
|
|
|
|
|
|
tak aci/tak kira game tu sbb masa tu is tak dak
|
|
|
|
|
|
|
|
amboi mcm best je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 26-11-2015 03:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
MellyNad replied at 26-11-2015 03:37 PM
amboi mcm best je..
Bila lg nk anto calon2 nye nad
Byk drama kan tgk thn ni? Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
sebab banyak lah pening nak buat pencalonan tu.. hehehe..
tapi akan try sebab tarikh pengumuman tarikh bday iolls..huhuhu.. #motif |
|
|
|
|
|
|
|
cemana nak calonkan ni
aku malas nak beklog n baca 1 1
wahahaha...wah..bestnya gadering |
|
|
|
|
|
|
|
Agak-agak anda sapa calon yang bakal menduduki top 5 CARI 2015 K Drama ?
Agak-agak anda sapa calon-calon yang bakal menduduki top 5 CARI 2015 K Drama Awards pada edisi ini?
by dauswq
Wow. Sekejap sahaja masa berlalu. Bagi peminat k drama dan pengikut anugerah tahunan, semestinya calon-calon yang bakal menghiasi top 5 bagi kategori-kategori tertentu sedikit sebanyak agak mendebarkan kerana pemilihan calon-calon ini adalah hasil daripada garapan review-review yang ditulis oleh sekumpulan rakyat Malaysia bermula pada awal tahun 2015. Lebih kurang 50 review telah dihantar setakat ini dan penganjur masih lagi menerima penghantaran review sehingga 20/12/2015 ini. Untuk makluman, Reply 1988 yang sedang rancak ditayangkan tidak dapat dinilai untuk tahun ini kerana tayangannya berakhir 3 minggu selepas tarikh tutup.
She Was Pretty antara bakal calon “Drama of Year” yang dijangka penulis pada tahun ini. Hwa Jum Eum , Park Seo Jeon, Hwang Suk Jun dan Choi Si Won masing-masing diramalkan oleh penulis dalam kategori Best Actress, Best Actor, Best Supporting Actress dan Best Supporting Actor.
Hasil daripada pemerhatian, izinkan penulis meramalkan calon-calon yang bakal menduduki top 5. Kategori “Drama of The Year” sangat-sangat ditunggu-tunggu apakah drama yang akan mengisi slot top 5 pada tahun ini. Yong Pal satu-satunya drama weekdays yang mencapai rating 20% ke atas pada tahun ini seolah-olah bakal terkunci dalam top 5. Drama bergenre perubatan diselitkan dengan unsur-unsur saspens dan isu perebutan kuasa ini berjaya memikat hati penonton dari South Korea. Namun, apakah review-review ditulis oleh rakyat Malaysia umumnya dapat memberikan jaminan bahawa drama ini dapat tercalon pada award tahun ini? “Yong Pal” baru sahaja memenangi “Best Screenplay” dalam 2015 Korean Drama Awards. Selain itu, “Heard It Through Grapevine” juga tidak kurang hebat bakal memberi saingan sengit. Drama ini tidak begitu popular di forum CARI tetapi berjaya membolot anugerah utama “Best Drama” dalam 51th Paeksang Arts Awards.“Heard It Through Gravepine” menggariskan tema identiti sosial status yang akhirnya membawa kepada keruntuhan keluarga kerana terpaksa berhadapan dengan hak asasi diperjuangkan sesetengah individu. Di samping kedua-dua drama dinyatakan, beberapa drama lain yang mungkin bersaing merebut tempat dalam top 5 adalah Pinocchio, Kill Me Heal Me, Punch, Hello Monsters, She Was Pretty, Mrs. Cop, Oh My Ghost, Falling For Innocence, Yong Pal dan Producers. Kesemua drama berikut sememangnya mempunyai tarikan tersendiri. “Kill Me Heal Me” dikritik sebagai drama yang terbaik dalam meneroka kisah disebalik pesakit DID. Dibantu dengan teknik pengarahan yang berkesan dan sinemotografi yang agak mengujakan, drama ini ditunggu-tunggu untuk merebut calon top 5. Pinocchio pula berkemungkinan besar tercalon kerana mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan pernah memenangi “Outstanding Korean Drama” dalam 10th Seoul International Drama Awards. Dengan teknik pengarahan yang mirip I Hear Your Voice dan lakon layar yang mengujakan, “Pinocchio” dikatakan agak sesuai untuk dinobatkan calon top 5 “Drama of The Year”. Pengarah “Pinochio” baru sahaja meraih “Best Director” dalam APAN drama awards. Penulis juga tidak melupakan juga “She Was Pretty” yang mengisahkan tentang dilemma realiti dihidapi wanita berwajah “hodoh” yang terpaksa menyembunyikan identiti sebenar daripada seorang lelaki tampan yang disangka budak yang gemuk dan comei sebelum ini. Pencapaian “She Was Pretty” memperoleh rating tertinggi weekdays di cenel MBC pada tahun ini sudah cukup menggerunkan. Tidak lupa juga drama indie – Awl yang baru sahaja selesai ditayangkan. Berdasarkan review-review positif dilontarkan di laman blog, jika mendapat review positif daripada forumer CARI, style drama ini yang dikatakan mirip Misaeng disebut-sebut merebut pencalonan utama top 5.
Jo Jae Hyun tampil hebat menerusi “Punch” dengan watak klasik penjahat yang sememangnya meninggalkan kesan sangat mendalam pada ingatan penonton.
Penulis tinggalkan kategori “Best Screenplay” dan “Best Director” untuk penilaian anda dan fokus pula kepada calon-calon acting. Kategori “Best Actor” tahun ini sememangnya sangat menarik dan kompetitif untuk diketengahkan. Umum diketahui bahawa Kim Soo Hyun (“Producers”) bakal menduduki calon top 5 sekali lagi kerana beliau baru sahaja memenangi Daesang pada 4th APAN Drama Awards dan 2015 Korean Drama Awards. Tetapi, mampukah Kim Soo Hyun dengan watak bodoh-bodoh alang meraih “Best Actor” buat pertama kali setelah hanya 2 kali tercalon sebelum ini menerusi naskah , “Moon Embraces The Sun” dan “My Loves From The Star” ? Adakah rakyat Malaysia bersetuju untuk meletakkan beliau sekali lagi dalam top 5? Anda yang tentukan. Selain Kim Soo Hyun, calon-calon yang disebut dalam top 5 ialah Ji Sung, Kim Rae Won, Lee Jong Suk, Yoo Joon Sang, Joo Won, Ji Chang Wook, Jo Jung Suk, Lee Sang Yoon, Jung Kyung Ho, Jo Jin Mo dan Park Seo Jeon. Joo Won telah diakui kehebatannya mengemudi drama “Yong Pal” dengan karisma sebagai doktor dalam drama tersebut. Joo Won belum pernah meraih “Best Actor” setelah beberapa kali terkandas dalam pencalonan sebelum ini. Namun adakah rezeki kali ini akan memihak beliau? Ji Sung pula memberanikan dirinya membawa tujuh watak berlainan dalam “Kill Me Heal Me” ternyata sudah cukup kuat untuk melayakkan beliau dalam top 5. Ji Sung pernah meraih “Best Actor” dalam CARI 2013 K drama Awards. Harus diketahui, Lee Sung Min yang baru sahaja menang Best Actor dalam tiga siri anugerah, Paeksang, Korean Drama & APAN drama tidak lagi dipertimbangkan kerana Misaeng telah dipertandingkan tahun lepas dengan Lee Sung Min telah meraih “Best Supporting Actor” dengan jayanya.
Kita meneroka kategori “Best Actress” pula. Kali ini kategori “Best Actress” dikatakan seolah-olah terkunci dengan salah satu calonnya ialah Hwa Jum Eum samaada menerusi naskah “Kill Me Heal Me” mahupun “She Was Pretty”. Park Bo Yong (“Oh My Ghost”) , Kim Tae Hee (“Yong Pal”), Kim Sa Rang (“My Love Eundong”) , Choi Ji Woo (“Twenty Again”) , Park Shin Hye (“Pinocchio”) , Soo Ae (“Mask”) , Shin Se Kyung (“The Girl Wo Sees the Smell”) dan Gong Hyo Jin (“Producers”) antara yang bakal mencuri empat lagi spot. Park Bo Yong dan Kim Tae Hee masing-masing sudah meraih “Best Actress” dalam 4th APAN drama Awards dan 2015 Korean Drama Awards.
Ji Sung bakal sekali lagi tercalon dalam Best Actor setelah meraih anugerah tersebut pada tahun 2013. Siapa yang tak dapat lupakan lakonan versatil beliau dalam Kill Me Heal Me.
Untuk kategori supporting pula, “Best Supporting Actor” bakal dipelopori oleh pelakon Shin Sung Rok sekali lagi menerusi drama saeguk “The King’s Face”. Beliau gagal memenangi anugerah ini pada tahun lepas setelah tewas pada Lee Sung Min dan Lee Je Hoon. Kemungkinan besar calon supporting kali ini akan didominasi oleh pelakon-pelakon dari drama “Punch”. Nama-nama seperti Jo Jae Hyun, Jang Hyun Sung dan Park Hyuk Kwon bakal memenuhi slot. Choi Won Young (“Twenty Again”) , Choi Si Won (“She Was Pretty”), Park Seo Jeon (“Kill Me Heal Me”), Kim Tae Hoon (“My Love Eundong”) dan Ahn Nae Sang (“Awl”) berkemungkinan besar akan mengisi slot tersebut. Park Seo Jeon akan mencatatkan sejarah dalam penganjuran CARI K drama Awards sekiranya tercalon untuk kedua-dua Best Actor (“She Was Pretty”) dan Best Supporting Actor (“Kill Me Heal Me”) sekiranya menjadi satu-satunya pelakon yang berjaya berbuat demikian.
Calon “Best Supporting Actress” kali ini kemungkinan bakal dikuasai pelakon-pelakon veteran. Kim Hye Ja (“Unkind Women”), Choi Myung Gil (“Punch”) dan Jin Kyung (“Pinocchio”) dikatakan akan terselit dalm calon top 5. Jangan lupa pada Kim Min Kyung (“Healer”) dengan watak programmer yang hebat selain Hwa Suk Jung (“She Was Pretty”) dengan watak fashionista parodi berkesan daripadanya. Gi Hae-Hyeon (“Heard It Through Grapevine”) dan Chae Jung An (“Yong Pal”) yang baru sahaja meraih Best Supporting Actress dalam 4th APAN Drama Awards pula akan menyekat kemaraan calon-calon lain disebut tadi.
Selesai penulis mengemukakan calon ramalan, anda pula bagaimana? Apakah calon-calon anda ramalkan bakal duduki top 5? Apapun, penilaian calon top 5 di atas ditentukan oleh anda sebagai forumer CARI menerusi review-review yang ditulis. Jangan lupa untuk menghantar review sebelum 20/12/2015. Cara untuk menghantar review adalah dengan menjawab surveysheet dilampirkan dalam kotak berwarna biru dalam setiap muka depan thread drama. Anda yang tentukan calon berhak menduduki top 5 tersebut! Pencalonan kategori popular juga masih dibuka sehingga 20/12/2015.
(Disclaimer: Penulis belum menonton drama Awl, Punch, My Love Eundong dan Healer tetapi diramalkan berdasarkan kupasan-kupasan positif oleh peminat k drama dan anugerah-anugerah penting k drama dimenangi sebelum ni. Ramalan penulis tiada kaitan dengan results top 5 CARI 2015 K Drama Awards kerana results diuruskan auditor-auditor yang mengira markah berdasarkan review-review yang anda hantar.)
Link Pencalonan Kategori Popular: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=908451&extra=page%3D1 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dauswq at 8-12-2015 07:21 PM
Calon ramalan penulis:
Drama of The Year
Punch
Kill Me Heal Me
Pinocchio
Awl
Heard It Through Grapevine
Producers
Next Contenders/Top-tier:
She Was Pretty
Oh My Ghost
My Love Eundong
Falling For Innocence
Best Actor
Kim Soo Hyun (“Producer”)
Ji Sung (“Kill Me Heal Me”)
Kim Rae Won (“Punch")
Jo Jung Suk ("Oh My Ghost")
Joo Won (“Yong Pal”)
Next Contenders/Top-tier:
Joo Jin Mo (“My Love Eundong”)
Lee Sang Yoon (“Twenty Again”)
Park Seo Joon ("She Was Pretty")
Lee Jong Suk ("Pinocchio")
Best Actress
Hwa Jum Eum (“She Was Pretty”)
Kim Tae Hee (“Yong Pal”)
Choi Ji Woo (“Twenty Again”)
Park Shin Hye (“Pinocchio”)
Next Contenders/Top-tier:
Hwa Jum Eum (“Kill Me Heal Me”)
Park Bo Yong (“Oh My Ghost”)
Kim Hee Ae (“Mrs Cop”)
Soo Ae (“Mask”)
Gong Hyo Jin (“Producers”)
Shin Se Kyung (“The Girl Wo Sees the Smell”)
Best Supporting Actor
Shin Sung Rok (“The King's Face”)
Jo Jae Hyun (“Punch”)
Choi Si Won (“She Was Pretty”)
Park Hyuk Kwon (“Punch”)
Nam Goong Min (“The Girl Wo Sees the Smell”)
Next Contenders/Top-tier:
Kim Tae Hoon (“My Love Eundong”)
Ahn Nae Sang (“Awl”)
Choi Won Young (“Twenty Again”)
Park Seo Jeon (“Kill Me Heal Me”)
Best Supporting Actress
Choi Myung Gil (“Punch”)
Jin Kyung (“Pinocchio”)
Hwa Suk Jung (“She Was Pretty”)
Chae Jung An (“Yong Pal”)
Next Contenders/Top-tier:
Kim Hye Ja (“Unkind Women”)
Gi Hae-Hyeon (“Heard It Through Grapevine”)
Baek Ji Hyun (“Heard It Through Grapevine”)
Shim Eum Gyeong ("The Village: Aihara the Secret")
Kim Seul Gi ("Oh My Ghost")
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh my..calon2 semua hebat2..stress plak rasanye.. |
|
|
|
|
|
|
|
yuhuuuuu...
masuk kelas ni caner... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 9-12-2015 03:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
azie.dz replied at 9-12-2015 03:26 PM
yuhuuuuu...
masuk kelas ni caner...
Mcm biasa, kau pm mintak reg code dr @ismaha
Pastu log in, jwb mcm soklan exam |
|
|
|
|
|
|
|
junki takde dlm senarai ker??
|
|
|
|
|
|
|
|
belum lg
ni br ramalan
top 5 diumumkan pd 25/12 nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
ada time frame ke..aku harus la kena gugel segala kot ahahaha
tak konpiden sungguh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|