View: 1386|Reply: 0
|
Pais Ikan Kembung Dengan Seafood
[Copy link]
|
|
Pais Ikan Kembung Dengan Seafood
Resepi Pais Ikan Kembung Dan Seafood
3 ekor ikan kembung ( apa-apa ikan pun boleh )
10 ekor udang sederhana ( dibersihkan dan dibuang kulit )
3 ekor sotong ( di bersihkan dan dipotong2)
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/4 inci kunyit
8-10 biji cili padi
1 sudu makan asam jawa ( buang bijinya)
1 sudu makan penuh gula
1 sudu kecil garam
sedikit serbuk perasa
Daun pisang secukupnya
Cara penyediaannya
1. Tumbuk halia, kunyit, cili padi, bawang merah, bawang putih, gula dan garam hingga lumat.
2. Gaulkan bahan tumbuk tadi dengan asam jawa dan perasa.
3. Kemudian satukan semua bahan tadi dengan seafood dalam 1 mangkuk.
4. Bungkus seafood dalam daun pisang yang telah dilayur atas api. Klip tepinya dengan lidi atau stepler.
5. Kemudian letakkan dalam tray pembakar atau caserol tahan panas. Bakar dalam oven selama 1/2 jam, 180 darjah celsius.
6. Kalau tak ada oven boleh bakar atas kuali non stick dengan dapur gas.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|